Browse Month: January 2018

SEJAK 3 TAHUN YANG LALU ANAK 11 TAHUN LAUNGKAN AZAN SETIAP KALI MELAWAT AYAHNYA DI HOSPITAL

USAHA kanak-kanak ini melaungkan azan setiap hari sejak tiga tahun lalu untuk bapa tercinta yang terlantar sakit akibat kemalangan jalan raya sangat meruntun jiwa siapa saja yang melihat kegigihannya,

Selain berdoa, kanak-kanak itu, Raden Nabil Zakiyudin R Zakariya, 11, atau mesra dipanggil Nabil akan melaungkan azan setiap hari sebagai salah satu usaha untuk menyembuhkan bapanya, R Zakariya R Abdul Hamid, 51, yang mengalami kerosakan saraf selepas dilanggar sebuah kereta.

Bagi Nabil, apalah sangat usaha kecil dilakukan berbanding dengan pengorbanan bapa membesarkannya selama ini.

Rutin harian itu dilakukan setiap kali Nabil pulang dan pergi ke sekolah dengan harapan bapanya mampu bangun untuk menemaninya solat jemaah di masjid yang terletak di depan rumah.

Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, dia yang pernah memenangi tempat ketiga pertandingan laungan azan anjuran Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, sebelum ini kerap diberi tanggungjawab oleh jemaah masjid untuk melaungkan azan.

“Sebelum melaung azan di masjid, saya akan berlatih di depan ayah terlebih dulu dengan pelbagai taranum (lagu) bagi melancarkan bacaan di masjid.

“Walaupun ayah tidak boleh bercakap dan bergerak namun lirikan matanya cukup untuk menguatkan semangat sebelum ‘memanggil’ orang ramai solat berjemaah,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Murid Sekolah Rendah Islam Ilmi, Taman Rasmi Jaya itu berkata, dia faham dengan pergerakan mata bapa selepas laungan azan, mungkin dendangan ayat suci itu mampu menenangkan jiwa serta terapi rohani untuk bapanya segera sembuh.

“Saya mahu ayah cepat sembuh dan menemani saya solat di masjid setiap hari seperti sebelum ini. Saya rindu untuk solat berjemaah dengan ayah.

“Apa yang saya harapkan kini adalah ayah sembuh dan menjalani kehidupan normal. Saya tidak akan berhenti melaungkan azan dan membaca kalimah suci al-Quran untuk menyembuhkan ayah,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi seorang pendakwah.

Nabil berkata, dia berharap orang ramai dapat mendoakan bapanya segera sembuh dan semoga impian untuk melihatnya bergelar pendakwah tercapai satu hari nanti.

“Dulu saya akan ke masjid bersama ayah setiap waktu untuk solat berjemaah. Ayah berpesan jika solat jemaah di masjid, Allah SWT menggandakan 70 kali ganda pahala berbanding solat bersendirian,” katanya.

Sebelum ini, tular di Facebook video rakaman Nabil melaungkan azan sebagai usaha supaya bapanya yang mengalami kegagalan saraf berfungsi pulih selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Petaling Jaya, 20 April 2015.

Anak sulung R Zakariya, Raden Muhamad Nafis Zaki, 27, berkata, bapanya yang juga seorang kontraktor terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja di Petaling Jaya.

“Ayah menunggang motosikal dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta sebelum doktor mengesahkan urat saraf tidak lagi berfungsi.

“Saya terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu lori demi membantu ayah yang sudah tidak mampu bergerak. Kalau bekerja mungkin majikan tidak suka kerana terpaksa selalu mengambil cuti untuk bawa ayah berubat,” katanya.

Menurutnya, selepas kemalangan itu dia sudah tiga tahun tidak tidur malam kerana bapanya perlu diawasi dengan lebih rapi terutama jika tiub di lehernya tercabut.

“Saya perlu berkorban untuk ayah demi menjaga dia lebih sempurna, saya akan mengambil alih tugas menjaga ayah sebelah malam daripada ibu dengan memberi susu setiap 12 tengah malam dan 4 pagi.

“Terima kasih kepada yang mendoakan ayah sembuh dan kami menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor iaitu bekalan susu,”€� katanya yang boleh dihubungi di talian 01121916258.

As-alulloohal ‘adziima robbal’arsyil ‘adziimi ayyu-‘aafiyaka wa-yusyfiyaka. Ertinya : Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung. Pemilik Arsy yang Maha Agung supaya Dia memberimu kesejahteraan dan menyembuhkan mu.

INILAH 10 PERANGAN PELIK ISTERI HAMIL YANG SUAMI MESTI TAHU; JANGAN REMEHKAN

Mengandung adalah satu proses yang melibatkan perubahan daripada segala aspek tubuh badan seorang wanita baik dari segi fizikal, mental, rohani, fisiologi tubuh, metabolisme, tabiat serta perangai.

Ini bukan pelik kerana kesemua perubahan ini berkait rapat antara satu sama lain.

Cuma, apabila mengandung, perubahan ini ada kala di salah erti, tidak di fahami malah di anggap satu perlakuan aneh yang kadang kala menjengkelkan!

Jom tengok apakah perangai-perangai pelik ibu mengandung yang harus diketahui oleh suami. Jadi lepas ni takde sebab suami nak sindir-sindir, perli-perli atau tiba-tiba marah tak tentu pasal tengok perangai isteri yang bukan-bukan ni. 😀

1. Kuat tidur

Teringat seorang roommate masa belajar dulu. Saya pelik tengok dia asyik tidur. Rupa-rupanya baru saya tahu dia sedang mengandung! (dia rahsiakan perkahwinan dia)

Saya sendiri pun suka tidur masa mengandung. Letak je kepala terus hanyut. Entah apa yang letih sangat pun tak tahu lah.

Suami kalau nampak isteri asyik tidur je masa mengandung, biarlah dia rehat. Kita tak tahu penat lelah dia bawa perut atau berperang dengan bayi sorang dalam perut tu.

2. Tak boleh masuk dapur

Terutama dalam trimester pertama. Pengalaman saya sendiri masa mengandung kali pertama, asal masuk dapur je loya. Memang tak boleh tahan dengan bau dapur nak-nak bau bawang. Penyudahnya suami yang masak atau memang tak masak langsung!

Belum ada anak ok la kan.. Kalau anak dah ramai, loya tak loya kena masak juga lah.. Pakailah mask ke apa yang patut.

3. Selera bertambah

Makan untuk dua orang katanya. Masa saya mengandung kali pertama, percaya tak, semua kena double! Padahal saya ni bukanlah jenis makan banyak pun.

Roti canai 2 keping, pizza boleh habis saya sorang (kalau tak sejurih pun jenuh), nasi lemak 2 bungkus macam-macam lagi lah. Mungkin senang hati sangat agaknya. Bukan bela saka tau! Uhuhu..

Peliknya mengandung lepas-lepas tu takde pulak macam tu.

4. Kunyah ais

Ini bukan saya. Tapi ramai juga ibu mengandung ada tabiat kunyah ais ni. Apa yang sedap sangat pun tak tau. LOL!

Tahu tak, tabiat kunyah ais ni ada kaitan dengan anemia atau kekurangan zat besi dalam badan. Jadi selain memuaskan nafsu dengan kunyah ais, ada baiknya ibu telan pil zat besi atau Vitalea.

5. Mudah merajuk

Sikit-sikit merajuk. Salah cakap sikit sedih. Terguris sikit menangis. Oh ini bukan saya. Tapi memang ada ibu mengandung berperangai macam ni.

Suami kena hati-hatilah bercakap dengan isteri. Pembawakan budak.

Dan isteri, janganlah asyik sentap, menangis, merajuk tak tentu pasal. Nanti anak dalam kandungan pun terikut-ikut perangai ibu lalu banyaklah ragamnya nanti. Ibu juga yang stress kan?

So, happy2 lah sepanjang mengandung ni.

6. Saiz kasut bertambah?

Apabila kandungan dah semakin membesar, mungkin ada ibu-ibu yang perasan bahawa kaki mereka dah semakin besar.

Sebenarnya kaki mereka tak membesar pun, cuma sedikit membengkak akibat keluar masuk bendalir yang tidak seimbang.

7. Jadi pelupa

Tertinggal wallet, terlupa kunci kereta letak kat mana, terlupa kunci pintu, terlupa tutup api dapur sampai kering air dalam cerek (aku la tu).

Kajian menunjukkan semasa mengandung, keupayaan kognitif dan memori kita agak terhad dan tidak konsisten. Keadaan ni mungkin hilang selepas bersalin atau mungkin juga berterusan. Itu yang ada orang kata urat putus lepas bersalin ni.

Fokuslah dengan apa yang kita buat, sediakan senarai ‘to do list’, dan makanlah Omega Guard atau Lecithin untuk kuatkan keupayaan otak dan memori.

8. Emosi berubah-ubah

Kejap suka, kejap masam macam cencorot, kejap gelak-gelak, kejap marah (takut ngat aih) hahaha..

Perubahan mood dan emosi semasa mengandung ni ada kaitan dengan perubahan hormon yang mendadak yang mana ia beri kesan kepada aras neurotransmitter dalam otak.

Di samping kita bergembira dengan kehadiran bakal ahli baru, ada banyak perkara yang kita sering fikirkan. Inilah yang mencetuskan perubahan emosi dalam diri ibu tersebut.

Bertenang dan banyakkan berfikir perkara positif mengenai diri, kehamilan dan anak yang bakal lahir.

9. Mengidam

Ada ibu yang apabila mengandung je, dia teringin nak makan macam-macam. Boleh jadi apa yang dia tak pernah makan pun dia teringin nak rasa. Waktu tak mengandung takde pulak dia nak minta makan pelik-pelik macam tu.

Bukan selalu isteri tu mengandung kan. Jadi apa salahnya suami tolong carikan apa yang isteri teringin sangat nak makan tu. Asal bukan arang, sabun, kayu, kaca, pokok, batu dan seumpamanya cukuplah.

10. Masalah kesihatan dan perubahan fisiologi

Sekurang-kurangnya 10 ketakselesaan dan masalah kesihatan ringan yang ibu mengandung akan lalui termasuk:

morning sickness
kerap kencing
discaj vagina lebih dari biasa
pedih ulu hati
kembung perut
sembelit
gusi berdarah
hidung berdarah
gatal-gatal pada kulit
bengkak (edema)
sakit pinggang
dan macam-macam lagi.

Ibu jangan pelik dan panik kalau tiba-tiba mengalami masalah seperti diatas. Ianya normal untuk semua ibu mengandung. Ibu harus hati-hati dan waspada dengan tahap kesihatan. Ikut nasihat doktor dan jururawat.

Paling penting amalkan pemakanan berkhasiat, sentiasa tenang dan gembira, tidak stress dan laluilah tempoh mengandung dengan perasaan teruja dan menyeronokkan!

PARA ISTERI WAJIB BACA; INILAH CIRI-CIRI SEORANG ISTERI YANG TIDAK MENGHARGAI SUAMI

Sahabat Ummi, sangat mengerikan jika istri kehilangan penghargaan pada suami. Bagaimanapun, surga dan neraka istri ada pada ridho suami. Bagaimana mungkin kita sebagai istri melecehkan suami dan tak menghargainya?

Jika memang suami telah melakukan kesalahan fatal dan melanggar syariat, sangat wajar jika istri kehilangan respek dan penghargaan terhadap kepemimpinan suami. Justru istri perlu untuk menggugat haknya pada suami.

Akan tetapi jika suami melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya sebagai kepala keluarga namun istri tak menghargainya, maka bersiaplah untuk mendapatkan azab Allah jika tak segera bertaubat dari perbuatan melecehkan suami ini.

Berikut ini beberapa ciri istri yang tak menghargai suami, semoga jadi bahan introspeksi diri kita masing-masing:

1. Tak meminta izin suami untuk hal-hal yang seharusnya memerlukan izin suami

Wahai istri, sadarilah bahwa suami memiliki hak yang amat besar terhadap istri. Suami telah menafkahi istri dan memperlakukan istri sebagaimana seorang ratu dalam hidupnya, maka wajar jika suami berhak untuk tahu segala aktivitas istri di dalam dan di luar rumah.

Jika istri ingin keluar rumah, mintalah izin suami. Demikian juga jika ada teman yang mau bertandang ke rumah, istri perlu meminta izin suami, setidaknya beritahulah suami… Jika ia keberatan, sudah pasti akan mengatakannya.

Bahkan sekalipun kita kedatangan keluarga sendiri, tetap perlu memberitahu suami agar suami ridho pada kita.

2. Tak mau melayani hajat biologis suami, tanpa alasan syari

Suami meminta haknya untuk dilayani di ranjang, namun istri menolaknya, bahkan tanpa alasan syari, ini merupakan perbuatan yang tidak menghargai suami.

Allah bahkan mengancam istri yang berbuat demikian dengan laknat para malaikat hingga Shubuh tiba.

Wahai istri, memenuhi hajat biologis suami merupakan hal penting dalam rumah tangga, sadari itu dan carilah cara agar pasutri sama-sama bisa menikmati aktivitas bersama tersebut.

Menolak suami tanpa alasan yang bisa dibenarkan sungguh amat besar dosanya, maka jauhilah perbuatan ini.

3. Menjelekkan suami di hadapan teman-teman dengan niat menghinanya

Niat menghina suami dengan menjelek-jelekkan di hadapan teman-teman sendiri? Hati-hati, itu sama sekali tak jadi solusi.

“Suami gue dekil banget, kutilan sepanjang badan, mana bau pula meskipun rajin mandi!”

Alih-alih menghina, lebih baik istri mencari solusi agar suami menghilangkan hal-hal buruk pada dirinya tersebut.

4. Berlaku tidak setia pada suami

Suami bekerja mencari nafkah, tapi istri malah mencari kesenangan denga pria lain melalui sosial media atau chatroom? Sungguh perbuatan yang tak terpuji!

Hargailah suami dengan memelihara sifat setia, in syaa Allah seorang istri yang setia akan mendapat ganjaran luar biasa besar dari Allah.

Demikianlah beberapa hal yang memperlihatkan hilangnya penghargaan istri pada suami, semoga tak ada satupun ciri di atas yang kita lakukan, aamiin.

SUAMI ISTERI WAJIB BACA; INILAH SEBAB KENAPA ALLAH TEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH

Sebab-sebab Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Insan Yang Salah.

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, oleh itu masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH dalam apa jua keadaan.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita mendapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH itu Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang mana tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya apabila kita bersama-sama Allah.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.

Harus kita ingat, biarpun insan tersebut pergi meninggalkan kita.. kita masih ada Allah SWT yang sentiasa Mengasihi dan Menyayangi kita. Cinta manusia tidak ke mana, yang kekal dan abadi hanyalah cinta Allah.

P/S: Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNYA. Yakin dan percayalah bahawa sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan hanya kepadaNya.

SEMAKLAH CHECK LIST INI JIKA INGIN JADI SUAMI YANG TERBAIK-DR.FADHILAH KAMSAH

Mana-mana pasangan sebelum berkahwin kena buat check list ini untuk pastikan jadi suami yang lebih bertanggungjawab bila dah berumah tangga nanti.

Bila memegang amanah dan tanggungjawab ini buat anda jadi lebih matang dan pastinya jadi manusia yang lebih baik daripada sebelumnya.

Bukan hanya bakal suami, bagi yang sudah lama jadi suami pun apa salahnya kalau anda periksa semula samada anda dah buat ataupun tidak. Pesanan daripada Dato Dr Fadzilah Kamsah ini patut kita contohi. Paling penting kena lah buat!

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

6. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Tak kira di rumah atau juga di dalam kereta ketika ke tempat kerja. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

7. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

8. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

10. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.

11. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

12. Jadilah penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

13. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

14. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah, suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

15. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

Yang selebihnya jadilah yang terbaik buat isteri anda. Cintailah sepenuhnya isteri anda biarpun sudah beranak lima. Cinta itu hakiki kerana Allah SWT. Ingat pesanan ini!

INILAH KEUTAMAAN BERJALAN KAKI KE MASJID WAKTU SOLAT ISYA’ DAN SUBUH YANG TAK RAMAI TAHU

Tidak dipungkiri mengerjakan amal shaleh bukanlah hal yang mudah. Perlu ada usaha keras untuk bisa mengerjakannya. Salah satu penyebabnya karena setan selalu ada dimanapun kita berada, dan sudah menjadi tugas setan untuk menggoda manusia.

Seperti kita ketahui, mengerjakan shalat lima waktu adalah kewajiban bagi setiap muslim. Namun, masih ada saja manusia yang lalai mengerjakannya. Di antara shalat lima waktu, ada shalat yang waktunya memang sangat rentan untuk dilalaikan. Yakni shalat Shubuh dan Isya.

Shalat shubuh berada disaat seseorang bangun dari tidurnya dan shalat Isya disaat seseorang hendak tidur. Waktu inilah yang memiliki godaan yang sangat luar biasa, tetapi bagi mereka yang sudah terbiasa bukanlah menjadi hal sulit untuk mengerjakannya.

Tahukah Anda dua waktu tersebut ternyata memiliki keutamaan yang bermanfaat jika dikerjakan bersama di masjid, terutama bagi kaum adam? Apa saja?

Dari Buraidah radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi SAW, beliau bersabda,
“Berikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang berjalan di dalam kegelapan menuju masjid-masjid, bahwa ia akan mendapatkan cahaya sempurna pada hari kiamat,” (HR. Abu Daud, no. 561; Tirmidzi, no. 223. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa hadits ini shahih).

Dari hadits tersebut dapat disimpulkan bahwa keutamaan berjalan ke masjid ketika hendak shalat Isya dan Shubuh adalah sebagai berikut:

Orang beriman mendapatkan kabar gembira tentang keadaannya yang bercahaya pada hari kiamat.

Setiap hamba berada dalam kegelapan kecuali orang yang beriman.

Hadits ini menunjukkan keutamaan orang yang berjalan di kegelapan dan ini ditemukan dalam shalat Isya’ dan shalat Shubuh yang dilakukan berjamaah di masjid. Mereka yang menjaga shalat tersebut, itulah yang akan mendapatkan cahaya pada hari kiamat.

Ada beberapa hikmah shalat berjamaah Isya dan Shubuh di masjid:

Pertama, akan mudah turun berkah dan rahmat. Kedua, dengan berjamaah bisa menambah ilmu dan mengerti cara beramal shalat yang benar dengan memperhatikan lainnya. Ketiga, keikhlasan dan kekhusyu’an sebagian jamaah akan berpengaruh pada jamaah lainnya, sehingga membuat ibadah seluruh jamaah jadi diterima. []

Sumber: Rumaysho

RAMAI YANG ABAIKAN; INILAH HUKUM MEMINTA-MINTA DALAM ISLAM SEBAGAIMANA HADIS NABI SAW

Kita mungkin sudah terbiasa meminta oleh-oleh kepada teman atau saudara yang hendak bepergian.

Terlepas dari keberatannya atau tidak mereka membelikan oleh-oleh, bagaimanakah sebenarnya hukum meminta oleh-oleh ini dalam Islam?

Perlu Anda ketahui, meminta oleh-oleh dari teman atau saudara yang berpergian ternyata dilarang oleh Rasulullah SAW. Benarkah seperti itu? Berikut penjelasannya.

Meminta oleh-oleh ternyata sama dengan tindakan meminta-minta kepada sesama manusia. Hal ini sangat dilarang Rasulullah SAW, kecuali memang ada kebutuhan yang sangat mendesak.

Karena meminta-minta itu adalah bentuk perbuatan yang menghinakan diri kepada manusia lainnya, maka Rosulullah melarangnya. Menghinakan diri hanya boleh kita lakukan kepada Allah saja.

Dalam haditsnya, Rasulullah pun menjelaskan akibat yang didapat jika kita meminta kepada manusia. Orang yang meminta-minta, pada hari kiamat akan datang dalam keadaan tidak ada sepotong dagingpun yang melekat di wajahnya.

Rasulullah SAW bersabda:

” Terus-menerus seseorang itu suka meminta-minta kepada orang lain hingga pada hari kiamat dia datang dalam keadaan di wajahnya tidak ada sepotong dagingpun,” (HR. Al-Bukhari no. 1474 dan Muslim no. 1725). []

INILAH KELEBIHAN DAN MANFAAT JIKA BERPUASA SUNAT HARI ISNIN DAN KHAMIS

Dengan berpuasa kita akan terlepas dari pelbagai godaan syahwat di dunia dan terlepas dari seksa neraka di akhirat kelak.

Insyaallah. Terdapat beberapa perkara penting berpuasa pada hari isnin dan khamis, iaitu hari tersebut adalah hari di mana amalan seorang hamba di angkat.

Sesiapa yang berpuasa pada hari isnin dan khamis akan mendapat pahala, tetapi kita tidak akan mendapat dosa jika tidak melakukannya. Kebaikan berpuasa pada hari tersebut sangat banyak seperti mendapat pahala, menyihatkan tubuh badan dan memberi kekuatan mental.

Antara kelebihan puasa sunat Isnin dan Khamis ialah :

Memberi ketenangan – sesiapa yang mengamalkannya akan dapat mengawal perasaan, menjadi lebih penyabar dan juga berfikiran positif.

Mengawal hawa nafsu – pengamalnya akan dapat mengawal hawa dengan lebih baik dan tidak mudah terjerumus pada perkar-perkara negatif.

Dapat membuang lemak – berpuasa isnin dan khamis sangat bagus bagi menyingkirkan lemak dalam badan, bagi yang hendak diet bolehlah mengamalkannya.

Dapat membuang toksin – selain bersenam, berpuasa juga membantu membuang toksin secara semulajadi melalui peluh, pembuangan air kecil dan air besar.
Merawat kulit – berpuasa juga dapat merawat kulit supaya lebih sihat disebabkan sel-sel tubuh yang bekerja secara maksimum.

Lebih banyak beramal – apabila berpuasa badan akan jadi lebih segar, sihat dan bertenaga. Ia membuatkan kita lebih peka dan tekun untuk beribadah.

Bagi sesiapa yang tidak tenang, ingin menurunkan berat badan dan menambah pahala serta mendapat ganjaran dari Allah s.w.t marilah kita mengamalkan puasa pada hari isnin dan khamis. Semoga kita sama-sama mendapat hikmah daripada apa yang diamalkan.

Semoga bermanfaat.

Di nukil dari pelbagai sumber demi untuk manfaat bersama kerana Syurga Allah Amat luas untuk kita semua.
Taqoballahu Minna Waminkum

RAMAI IBU-IBU TAK TAHU; NAFKAH ANAK YANG KEMATIAN BAPA TERLETAK PADA TANGGUNGJAWAB WALI BUKANNYA IBU

Tidak dinafikan,ramai ibu tunggal yang hilang tempat bergantung serta mengalami kepayahan dalam membesarkan anak-anak selepas kematian suami.

Ini kerana ramai mak-mak yang beranggapan bahawa tanggungjawab menyara anak-anak ini harus digalas sepenuhnya tanpa mengharapkan bantuan daripada sesiapa.

Mungkin atas faktor tidak tahu menahu mengenai perkara ini atau tidak mahu ‘menyusahkan’ sesiapa, ia mengakibatkan pihak yang sepatutnya menggalas tangungjawab ini ambil sikap ‘lepas tangan’.

Sebenarnya, selepas kematian suami, jika tidak berkemampuan dalam menyara anak-anak dan memerlukan bantuan dalam membesarkan mereka, mak-mak boleh menuntut hak bagi pihak anak-anak mengikut akta Undang-Undang Keluarga Islam. Atas sebab ini jugalah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Mohon hadam perkongsian soal jawab ini yang dipetik daripada page Info Syariah Ini.

SOAL JAWAB 01: NAFKAH ANAK YANG KEMATIAN BAPA

SOALAN:

“Saya adalah ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak setelah kematian suami setahun yang lalu. Saya berusaha keras menyara keluarga demi membesarkan anak-anak. Soalan saya, adakah boleh saya menuntut supaya keluarga belah arwah suami saya membantu menyara nafkah anak-anak saya?”

JAWAPAN:

Tanggungjawab menyara nafkah anak-anak yang kematian ayahnya jatuh kepada datuk (ayah arwah bapa si anak). Jika datuk telah meninggal dunia atau kurang berkemampuan, tanggungjawab tersebut boleh dipikul oleh bapa saudara (adik beradik lelaki arwah bapa si anak) yang berkemampuan.

Failkan kes tuntutan nafkah anak dan masukkan nama mereka (datuk atau bapa saudara) sebagai defendan di mahkamah rendah syariah terdekat.
Mahkamah kemudiannya akan menentukan kadar bayaran nafkah mengikut keperluan si anak dan kemampuan defendan.

AKTA UNDANG2 KELUARGA ISLAM WP MEMPERUNTUKKAN;

Seksyen 72. Kewajipan menanggung nafkah anak

(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.

(2) Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syarak, supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.

Sumber: Info Syariah Foto: syifa.info

KENAPA ‘FREEMASON’ BERSUNGGUH-SUNGGUH HARAMKAN PENGGUNAAN GANJA?. INILAH SEBAB SEBENAR YANG TAK RAMAI TAHU

Kebaikan Daun Ganja Yang Ramai Tidak Tahu

1. Daun ganja boleh hasilkan kertas sangat bermutu melebihi kualiti double AA kerana tidak akan kuning simpan lama untuk ribuan tahun. Menariknya 1 ekar pokok ganja sama dengan 4 ekar hutan perlu ditebang bagi hasilkan kertas.

2. Seluar jean yg bermutu tahan lama, like better than Levis memerlukan daun ganja. TAHUKAH ANDA JEANS LEVI’S 501 YANG PERTAMA DIBUAT DARI FIBER GANJA

3. Biji pokok ganja boleh hasilkan minyak bagi buat plastik yg plastik tu mesra alam.

4. Biji benih pokok ganja tinggi protien guna untuk produk makanan.

5. Pokok ganja ada jantan dan betina, imej daun ganja yg terkenal adalah pokok betina, pokok jantan pula kurang daun dan tidak menarik.

6. Keajaiban ganja dalam bidang perubatan akan membuatkan syarikat ubat Freemason terancam dan gulung tikar.

SEBAB UTAMA FREEMASON HARAMKAN GANJA

1. Pokok Marijuana, canabis, ganja, pot atau hemp TIDAK menimbulkan ancaman kepada masyarakat umum, sebaliknya Pokok Ganja adalah sangat berbahaya bagi syarikat-syarikat minyak, alkohol, tembakau industri dan sejumlah besar syarikat-syarikat kimia. Berbagai perniagaan besar, dengan pelaburan berbillion ringgit menggunakan pengaruh mereka, dengan menekan kebenaran melalui undang2.

2. Kebenarannya adalah jika ganja itu ditanam macam pokok kelapa sawit dan digunakan untuk dijadikan produk komersil, hal itu akan membuat bom atom industri! Pengusaha belum pernah dididik tentang potensi produk dari pokok ganja ini. Billionaire dan golongan2 elit telah bersekongkol untuk menyebarkan maklumat yang salah tentang tanaman yang sangat serbaguna ini, dan jika digunakan dengan betul, akan menghancurkan syarikat mereka.

3. Mana Perkataan buruk pasal ganja ini datang? Pada pertengahan tahun 1930-an, Pelabor industri arak, rokok dsb yg bakal terjejas telah membuat propaganda menodai nama baik dan fenomenal sejarah tanaman ganja …

SALAH FAHAM MASYARAKAT TERHADAP MARIJUANA

Inilah Rahsia Besar Freemason Bersungguh-sungguh Haramkan Penggunaan Ganja
Ganja adalah satu tumbuhan herba sebagaimana juga daun ketum,jika di ambil mengikut sukatan tertentu untuk menyembuhkan penyakit ia di bolehkan.

Kita akan hidup lebih sihat jika HOSPITAL dan FARMASI menjual ubat berasaskan ganja dan ketum, habbatus sauda, Zafaran etc..

itu 1, yang ke-2, ( mabuk ) ok, mari bukak kamus, mabuk itu adalah khayal, khayal bermaksud ( tidak berkelakuan seperti manusia normal ) jadi adakah ganja membuatkan penghisapnya jadi tidak normal?

Jika anda kata ya, sesungguhnya fakta anda salah, jawapannya TIDAK, orang yang menghisap ganja tidaklah khayal, tetapi merehatkan minda dan fizikal si penghisapnya, kebiasaannya orang yang tengah mabuk akan merogol, membunuh dan bertindak ganas sehingga sanggup melanggar undang2 negara, tetapi ganja tidak memyebabkan semua tu, kesan sampingan hisap ganja hanya ada 3 bende sahaja, iaitu LAPAR, HAPPY DAN CERGAS ..

Ganja termasuk dlm ketogori herba yg mujarab sebagai ubat serbaguna, malah tidak mendatangkan ketagihan..malah mnjadi ubat untuk menghilangkan ketagihan dadah kimia jenis lain..tp kenapa masih mengangap ia dadah merbahaya?

Kematian yg diakibatkan oleh ROKOK adalah berjuta setiap tahun..Kematian yg disebabkan penggunaan ubat tahan sakit (Painkiller) adalah dalam lingkungan 25000 orang di US sahaja…kematian akaibat tercekik kacang setiap tahun adalah dlm lingkungan seribu orang setiap tahun..Saudara tahu tak berapa orang mati di DUNIA akibat penggunaan Ganja? 0…yea..KOSONG..

Setakat ini,tiada kematian yg didokumentasi yg berpunca daripada penggunaan Ganja…Malah ganja juga tidak mendatangkan ketagihan..kesan sampingannya cuma merasa lapar selepas penggunaan.. Anggapan ganja menghancurkan rumah tangga adalah salah sama sekali.. Masalah tersebut adalah bepunca daripada dadah sintetik yg menyebabkan ketagihan melampau..

ANDA SEBENARNYA TELAH DI MIND CONTROL OLEH MEDIA2 PRO MASON

Inilah Rahsia Besar Freemason Bersungguh-sungguh Haramkan Penggunaan Ganja

Masyarakat kita sekarang ni memang mudah dipengaruhi oleh pengaruh Yahudi-Freemason. contoh..yg baik diharamkan dan yang haram pula dianggap baik

Kita harus membuka mata masyarakat, mengajar serta memberi pengatahuan yg lebih mendalam tentang kegunaan sebenar pokok semulajadi ini.. Malah kegunaannya yg serba boleh telah terbukti beberapa tahun sblum ianya diharamkan dlm undang2 ciptaan Freemason. Pengharaman ini adalah berpunca dari Yahudi-Freemason yg mempertikaikan penggunaan pokok tersebut demi kepentingan sendiri..

Secara saitifik pakar2 kesihatan telah pun membuktikan bahawa kegunaannya dlm industri perubatan amatlah bekesan.

Filem seperti Reefer Madness (1936), Marihuana: Assassin of Youth (1935), Marihuana: The Devil’s Weed (1936) adalah beberapa cara propaganda lain yang nampak sengaja menciptakan Ganja sebagai ‘musuh’. Tujuannya? Projek Mind Control, dan untuk meminta restu dari publik demi meluluskan Undang-undang Anti Ganja.

Undang-undang Malaysia menghalalkan ROKOK dan ARAK, tetapi mengharamkan ganja.

Sumber: lelakisihat.com
Kredit: ceritapress.today

Ahli Parlimen Belia syor kaji semula kesalahan hisap ganja

Seorang wakil Ahli Parlimen Belia mencadangkan supaya kesalahan menghisap marijuana atau ganja dikaji semula kerana golongan muda tidak menganggapnya sebagai dadah.

“Ganja bukan dadah… Saya hanya luahkan pendapat belia yang saya temui di peringkat akar umbi,” kata Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli yang dipetik oleh The Star Online .

Kenyataannya itu ditweet semula oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Muhamad Ridhwan, yang mewakili Selangor, membahaskan usul mengenai meningkatkan undang-undang dadah di negara ini pada sidang Parlimen Belia, hari ini

“Mereka kata bahawa ganja adalah sah di Amerika Syarikat dan Australia, yang merupakan sebahagian negara yang menganggotai TPPA.

“Jika demikian, kita harus menyusul dan setanding dengan mereka supaya tidak bertentangan dengan TPPA,” katanya.

Muhamad Ridhwan menegaskan bahawa beliau tidak menyokong amalan menghisap ganja tetapi semata-mata mahu ia dikawal selia.

Katanya, ganja hanya menyumbang sebanyak lapan peratus daripada semua jenis ketagihan berbanding 60 peratus daripada morfin dan 30 peratus daripada heroin.

Sumber: malaysiakini.com