Browse Month: April 2018

KERANA HANYA SEBUTIR NASI YANG TELAH DIBAZIRKAN AKAN JADI ASBAB TERPUTUSNYA REZEKI BANTUAN ALLAH

Biasanya kita selalu sangat merungut banyak benda yang tidak cukup, itu dan ini dalam banyak hal. Namun, kita tidak menyedari bahawa ianya adalah berpunca daripada diri kita sendiri.

Perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagaiPuan Anita Hassanini telah menceritakan tentang apabila kita melakukan pembaziran dengan nikmat nasi yang Allah anugerahkan, rezeki kita boleh juga tersekat dan tidak akan sampai. Allah sememangnya tidak menyukai orang suka menjadikan pembaziran itu satu amalan.

Kerana Sebutir Nasi

Beberapa hari yang lalu, saya dan beberapa orang sahabat berpeluang untuk menziarahi beberapa pondok dan madrasah di sekitar negeri Kelantan dan Terengganu.

Dalam safar itu, kami sempat singgah di sebuah madrasah yang sangat unik yang terletak di Kampung Apo-apo, Pasir Mas, Kelantan.

Madrasah ini diasaskan oleh Ustaz Nawawi bin Abdullah lebih kurang 11 tahun lalu. Madrasah ini memiliki sekitar 120 orang pelajar, tanpa mengenakan apa-apa yuran. Pelajar madrasah ini ditarbiyah dengan memelihara kambing, memerah susu kambing, dan bercucuk tanam.

Kami dijamu makan tengah hari di rumah Ustaz Nawawi. Ketika makan, beliau banyak memberikan nasihat kepada kami, serta menceritakan pahit manis beliau menjalankan madrasah ini selama lebih 11 tahun.

Di antara yang sangat memberi kesan kepada saya adalah, beliau bercerita,

Di dalam kitab Fathul Wahhab, pengarangnya menuliskan, SETIAP MAKANAN YANG TIDAK MEMILIKI HARGA DI PASARAN, YANG KITA BAZIRKAN, AKAN MENJADI SEBAB TERPUTUSNYA KITA DARI BANTUAN ALLAH SWT.

Contohnya seperti sebutir beras, ianya tidak memiliki harga, tapi apabila ianya kita bazirkan, ia sudah cukup untuk menyebabkan kita putus dari nusrah Allah SWT.

Tak Pernah Seharipun Keputusan Beras.. Rahsianya?

Sejak dibukanya madrasah ini, sangat jarang berkalu madrasah perlu membeli beras. Kerana sentiasa ada orang yang menghantar beras ke madrasah secara percuma.

Tetapi pernah satu ketika, beras habis, tiada lagi orang yang menghantar beras kepada madrasah. Sehingga madrasah terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli beras.

Ini sangat menghairankan, maka saya telah mengumpulkan semua pelajar, dan bermesyuarat bersama mereka.Saya telah tanyakan kepada mereka, menurut kamu semua apakah yang salah dengan amalan kita?

Tiba-tiba seorang pelajar telah bangun dan berkata: ustaz, saya sering melihat banyak nasi-nasi yang dibuang ke dalam tong sampah. Kami telah bermesyuarat supaya pembaziran seperti itu tidak akan berulang lagi.

Maka diputuskan, setiap pelajar tidak dibenarkan untuk bangun daripada talamnya sehinggalah semua habis makan. Selagi talam tidak kosong tiada pelajar yang dibenarkan bangun.

Setelah membuat keputusan begitu, kami dengar sebuah kenderaan masuk ke kawasan madrasah. Kemudiannya terdengar bunyi bising seperti barang dipunggah.

Setelah keluar, kami melihat ada 7 guni beras di hadapan madrasah kami, dan kenderaan itu telah pergi. Sehingga sekarang kami tidak tahu siapa yang menghantar beras itu.

Sumber :https://mediamaklumat.com

Sumber: islamituindah

APAKAH MAKSUD YANG DI KATAKAN SAYANG PADA IBUBAPA TAPI SEBENARNYA TIDAK

Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibubapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah :

1. Ada yang hanya menggantung gambar ibubapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet.

2. Ada yang suka simpan barang yang ditinggalkan oleh ibubapa, dijaga dengan baik atau diwariskan.

3. Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumput.

4. Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah… dan lain-lain.

Sebenarnya bukan itu sangat yang arwah ibubapa kita mahukan, harapkan dan perlukan. Semasa mereka berada di alam barzakh sana, ada yang lebih utama dari itu.

Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibubapa kita. Di sana mereka teramat- amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak mereka.

Yang IBUBAPA KITA perlukan, antaranya ialah :

1. Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak.

2. Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.

3. Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.

4. Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibubapa.

5. Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah ibubapa.

Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh sana segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi… hilang sudah senda gurau, gelak tawa, main main, perhiasan indah atau harta dunia.

“… yang bernilai di sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim…”

Ingatlah… hari ini kita sebagai anak, esok lusa kita mati amalan yang sama kita perlukan pada anak kita.

Wallahu a’lam…

Kredit : Senafas Ke Barzakh via Sinar.my

IN SYA’ALLAH, INILAH AMALAN UNTUK HANCURKAN ILMU SIHIR DALAM TUBUH BADAN KITA

Sihir menjadi salah satu perbuatan perbuatan yang tidak disukai oleh Allah SWT. Hal ini kerana ketika seseorang menggunakan ilmu sihir untuk mencelakakan orang lain maka disaat itu ia telah mendekatkan diri kepada syaitan.

Jika seseorang terkena ilmu sihir, maka orang itu akan mengalami kesakitan, masalah berpanjangan, atau bahkan boleh membawa kepada kematian. Maka orang di sekitarnya akan berusaha untuk mengeluarkan sihir tersebut melalui cara ruqyah.

Ruqyah biasanya dilakukan dengan membaca ayat-ayat di dalam Al-Qur’an. Agar ruqyah tersebut mujarab maka kita harus membaca ayat untuk menghancurkan ilmu sihir.Oleh itu, ayat apakah yang harus dibaca tersebut? Berikut maklumat selanjutnya.

Al Baqarah Ayat 102

Ayat pertama yang dapat digunakan untuk menghancurkan sihir terdapat dalam surah Al-Baqarah ayat 102. Allah Ta’ala berfirman:

“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babilon yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.”

Al A’raaf Ayat 117-122
Surah selanjutnya yang dapat menghancurkan ilmu sihir yakni QS. Al-A’raaf ayat 117-122. Allah Ta’ala berfirman:

“Dan Kami wahyukan kepada Musa: “Lemparkanlah tongkatmu!”. Maka sekonyong-konyong tongkat itu menelan apa yang mereka tipu dayakan. Kerana itu nyatalah yang benar dan batallah yang selalu mereka kerjakan. Maka mereka kalah di tempat itu dan jadilah mereka orang-orang yang hina. Dan ahli-ahli sihir itu serta merta meniarapkan diri dengan bersujud. Mereka berkata: “Kami beriman kepada Tuhan semesta alam, (yaitu) Tuhan Musa dan Harun”.”

Di dalam ayat tersebut, Allah SWT memberitahukan bahwa Dia telah mewahyukan kepada hamba dan Rasul-Nya, Musa as. dalam situasi yang sangat genting. Yakni situasi untuk membedakan yang haq dan yang bathil. Kemudian Allah memerintahkan kepada Musa agar melemparkan tongkat yang ada di tangan kanannya.

Fa idzaa Hiya talqafu (“Maka sekonyong-konyong tongkat itu menelan.”) Maksudnya memakan. Maa ya’fikuun (“Apa yang mereka tipu dayakan.”) Yaitu, apa yang telah mereka lemparkan dan apa yang mereka buat seakan-akan nyata, padahal sebenarnya adalah bathil.

Ibnu ‘Abbas berkata: “Lalu tongkat Musa itu tidaklah melewati tali-tali dan tongkat-tongkat mereka itu melainkan ditelannya. Akhirnya para ahli sihir itu mengetahui bahwa hal itu merupakan sesuatu yang datang dari langit dan bukan sihir. Maka mereka pun meniarapkan diri dengan bersujud seraya mengatakan: aamannaa bi rabbil ‘aalamiina rabbi muusaa wa Haaruuna (“Kami beriman kepada Tuhan semesta alam. Yaitu Tuhan Musa dan Harun.”)

Muhammad bin Ishaq berkata: “Tongkat Musa itu mengejar tali-tali dan tongkat-tongkat mereka satu persatu sehingga apa yang mereka lemparkan itu tidak terlihat lagi di lapangan. Setelah itu, Musa as. mengambil kembali tongkatnya seperti sediakala. Dan para ahli sihir itu pun bersujud seraya berkata, “Kami beriman kepada Rabb semesta alam, yaitu Rabb Musa dan Harun. Seandainya ia adalah seorang tukang sihir, nescaya ia tidak dapat mengalahkan kami.”

Yunus Ayat 81-82:
Ayat terakhir yang juga dapat digunakan untuk menghancurkan sihir ialah QS. Yunus ayat 81-82. Allah SWT berfirman:

“Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: “Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya” Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-yang membuat kerusakan.Dan Allah akan mengokohkan yang benar dengan ketetapan-Nya, walaupun orang-orang yang berbuat dosa tidak menyukai(nya)”

Thaha ayat 69
Surah terakhir yaitu QS. Thaha ayat 69, Allah Ta’ala berfirman: “Dan lemparkanlah apa yang ada ditangan kananmu, nescaya ia akan menelan apa yang mereka perbuat. “Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang.”

Jika orang-orang yang terkena sihir ataupun gangguan jin kemudian dibacakan ayat-ayat di atas, maka mereka akan merasakan tanda-tanda khusus. Di antaranya iaitu akan ada rasa yang menjalar di tubuh, bergetar atau kesemutan dari hujung badan/persendian. Ada pula yang merasakan sakit kepala yang hebat serta sesak nafas.

Demikianlah informasi mengenai ayat-ayat yang boleh dibacakan ketika seseorang terkena sihir dari orang-orang yang mengerjakan kebatilan. Semoga boleh menjadi sumber rujukan bagi kita untuk menolong orang lain yang terkena sihir.

Wallahualam.

Semoga bermanfaat. Sila sebarkan.

Sumber: kataustaz

PARA ISTERI PERHATIKAN 20 TANDA INI UNTUK TAHU SAMADA SUAMI BAHAGIA ATAU TIDAK DALAM RUMAHTANGGA

Setiap pasangan suami isteri mesti nak bahagia dalam rumah tangga kan, Pertahan sampai hujung usia. Tapi nak bahagia antara satu sama lain, tidak semua yang dapat rasa, Kadang-kadang sebelah pihak yang rasa,

Kadang-kadang kedua-duanya dah tak bahagia walaupun usia perkahwinan baru setahun dua. Namun, kita dapat kesan pasangan kita sama ada bahagia dengan kita atau tidak.

Bagi sang isteri, berikut ialah 20 tanda kita dapat lihat sama ada suami bahagia dalam perkahwinannya atau tidak:

1. Wajah suami sentiasa ceria dan bersih

2. Suami sihat, bersemangat dan bertenaga

3. Suami banyak bercakap dengan kita dan suka mengusik (bergurau senda) dengan kita

4. Suami menolong kita membuat kerja-kerja rumah

5. Apabila berlaku pergaduhan suami akan pujuk kita dahulu dan meminta maaf

6. Suami menolong keluarga kita dalam kesusahan

7. Suami memuji kita melalui ibu bapa kita, keluarga, anak-anak, kawan-kawannya, atau jiran

8. Suami suka keluar berjalan dengan kita berbanding dengan kawan-kawannya

9. Suami tidak boleh berjauhan dengan kita walau sehari

10. Suami ambil berat sakit demam isteri

11. Suami menangis sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepada kita

12. Suami selalu bagi kejutan seperti hadiah. Tidak perlu tunggu birthday kita pun, dia bagi

13. Suami suka bermanja dengan kita macam kanak-kanak

14. Suami suka menyuruh kita membelainya sebelum tidur. Contoh gosok/urut badannya sebelum tidur

15. Suami suka makan di rumah berbanding di luar

16. Suami akan bertanya khabar kita walau sekali sewaktu di tempat bekerja melalui call atau sms atau berhubung dengan kita melalui whats app, we chat, line sekiranya outstation atau bekerja lama @ over time

17. Suami suka bersama kita di ranjang

18. Suami bersabar dengan karenah kita

19. Suami sedaya upaya menjalankan tanggungjawabnya untuk kebahagiaan rumah tangga kita

20. Naluri anda yang mengatakan suami anda bahagia dengan anda.

Oleh itu, semua tanda-tanda berikut ialah sesuatu yang lazim berlaku apabila suami bahagia dalam rumah tangganya. Namun, setiap orang atau lelaki ada caranya tersendiri dalam menunjukkan kasih sayangnya terhadap isteri dan keluarganya.

Apapun yang penting sekali bagaimana suami mahupun isteri menguruskan rumah tangga supaya kekal bahagia hingga akhirnya & janganlah berharap sebelah pihak sahaja yang menjaga dan menyayangi seperti yang kita mahukan,

Kita juga mesti berusaha menjaga dan mengekalkan kebahagiaan tersebut dengan cara anda sendiri tetapi menjadi kesukaan pasangan kita, Dan sememangnya toleransi atau tolak ansur dalam rumah tangga adalah sangat penting.

WAJIB TAHU INILAH 12 FASA SELEPAS KEMATIAN MANUSIA

Setiap manusia akan melalui 12 fasa (tempat, persingahan) yang penuh azab bagi yang melakukan banyak dosa dan maksiat, sebaliknya keamanan dan kebahagiaan bagi yang banyak beramal soleh.

Fasa Kematian

Ketika ini tidak ada siapa yang dapat membantu melainkan amalan yang dilakukannya semasa di dunia.

Pertama: Alam Barzakh

Para ulama bersepakat tentang kebenaran azab dan nikmat yang ada di alam kubur (barzakh). Nikmat tersebut merupakan nikmat yang hakiki, begitu pula azabnya, bukan sekadar bayangan atau perasaan.

Pertanyaan (fitnah) kubur itu berlaku terhadap roh dan jasad manusia baik orang mukmin mahupun bukan. Dalam sebuah hadis sahih disebutkan Rasulullah SAW selalu berlindung kepada Allah SWT dari seksa kubur.

Nabi S.A.W. mengajar kita agar sentiasa berdoa dan mohon perlindungan Allah S.W.T. ketika habis membaca tasyahhud akhir kepada empat perkara.

Sebagaimana sabdanya yang bermaksud, “Bila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu, ‘Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari seksa Neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah hidup dan mati dan dari fitnah al-Masih Dajjal’. (Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan untuk dirinya sesuai kepentingannya)”. Hadis Riwayat Muslim, Abu ‘Awanah, Nasa’i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa.

Rasulullah SAW menyebutkan sebahagian dari pelaku maksiat yang akan mendapatkan azab kubur, diantaranya mereka adalah:

1. Suka mengadu domba, fitnah dan mengumpat.

2. Suka berbuat ghulul (pengkhianatan dalam baitul mal, zakat, atau ghanimah.)

3. Suka berbohong.

4. Membaca al-Quran tetapi tidak melaksanakan apa yang diperintahkan dan yang dilarang dalam al-Qur’an.

5. Melakukan zina.

6. Memakan riba.

7. Belum membayar hutang setelah mati (orang yang berhutang akan tertahan tidak masuk syurga kerana hutangnya).

8. Tidak bersuci setelah buang air kecil (solatnya tidak sah).

9. Meninggalkan solat 5 waktu.

Kedua: Peniupan Sangkakala

Sangkakala adalah trompet yang ditiup oleh malaikat Israfil yang menunggu apabila diperintahkan Allah SWT. Tiupan yang pertama akan mengejutkan manusia dan membinasakan mereka dengan kehendak Allah SWT, seperti dijelaskan pada al-Qur’an.

Firman Allah SWT, “Dan ditiuplah sangkakala maka matilah semua yang di langit dan di bumi, kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.” Surah az- Zumar ayat 68.

Tiupan ini akan menggoncang seluruh alam dengan goncangan yang keras dan hebat sehingga merosak seluruh susunan alam yang sempurna ini.

Ia akan membuatkan gunung menjadi rata, bintang bertaburan, matahari digulung, lalu hilanglah cahaya seluruh benda di alam semesta. Setelah itu keadaan alam semesta kembali seperti awal penciptaannya.

Allah SWT menggambarkan kedahsyatan saat kehancuran tersebut sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, “Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat). (Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat keras.” Surah al-Hajj ayat 1-2.

Sedangkan pada tiupan sangkakala yang kedua adalah tiupan untuk membangkitkan seluruh manusia; Firman Allah SWT maksudnya, “Dan tiupan sangkakala (kedua), maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Rabb mereka. Surah Yaa Siin ayat: 51

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Kemudian ditiuplah sangkakala, dimana tidak seorang pun tersisa kecuali semuanya akan dibinasakan. Lalu Allah SWT menurunkan hujan seperti embun atau bayang-bayang, lalu tumbuhlah jasad manusia. Kemudian sangkakala yang kedua ditiup kembali dan manusia pun bermunculan (bangkit) dan berdiri.” Hadis Riwayat Muslim

Ketiga: Hari Berbangkit

Firman Allah SWT maksudnya, “Pada hari ketika mereka dibangkitkan Allah semuanya, lalu diberitakannya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Allah mengumpulkan (mencatat) perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha menyaksikan segala sesuatu.” Surah al- Mujadalah ayat: 6

Keempat: Padang Mahsyar

Firman Allah SWT maksudnya, “(Iaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit dan mereka (manusia) berkumpul (di padang Mahsyar) menghadap Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Surah Ibrahim ayat 48

Hasr adalah pengumpulan seluruh makhluk pada hari kiamat untuk dihisab dan diambil keputusannaya. Lamanya di Padang Mahsyar adalah satu hari yang berbanding 50,000 tahun di dunia.

Allah berfirman maksudnya, “Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Rabb dalam sehari yang kadarnya 50,000 tahun. Surah al-Maarij ayat 4

Kerana amat lamanya hari itu, manusia merasa hidup mereka di dunia ini hanya seperti satu jam saja.

Firman-Nya lagi yang bermaksud, “Dan (ingatlah) akan hari (yang di waktu itu) Allah mengumpulkan mereka, (mereka merasa di hari itu) seakan-akan mereka tidak pernah berdiam (di dunia) kecuali hanya sesaat saja di siang hari. Surah Yunus ayat 45

“Dan pada hari terjadinya kiamat, bersumpahlah orang-orang yang berdosa, bahawa mereka tidak berdiam (dalam kubur) melainkan sesaat saja.” Surah ar-Ruum ayat 55

Adapun orang yang beriman merasakan lama pada hari itu seperti waktu antara zuhur dan asar saja. Subhanallah.

Keadaan orang kafir saat itu sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, ”Orang kafir ingin seandainya ia dapat menebus dirinya dari azab hari itu dengan anak-anaknya, dengan isteri serta saudaranya, dan kaum keluarganya yang melindunginya ketika di dunia, dan orang-orang di atas bumi seluruhnya, kemudian (mengharapkan) tebusan itu dapat menyelamatkannya.” Surah al-Ma’ arij ayat 11-14

Terdapat 7 golongan yang akan mendapat perlindungan Arasy:

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya, ”Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan ‘Arasy-Nya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yang adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan ‘aku Takutkan Alla’; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Hadis Riwayat Muslim

Kelima: Syafaat (pertolongan)

Syafaat ini khusus hanya untuk umat Islam, dengan syarat tidak berbuat syirik yang menyebabkan kepada kekafiran. Adapun bagi orang musyrik, kafir dan munafik, maka tidak ada syafaat bagi mereka. Syafaat ini diberikan oleh Rasulullah SAW kepada umat Muslim (dengan izin dari Allah SWT).

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Diantara syafaatku ialah untuk orang yang melakukan doas besar dikalangan umatku.” Hadis Riwayat Abu Daud

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “…maka para malaikat telah memberi syafaat, para nabi sudah memberi syafaat, orang-orang beriman telah pun memberi syafaat, maka tidak ada lagi kecuali Zat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kemudian setelah berkata demikian Allah mengambil dengan sekali genggaman-Nya itu dari neraka orang-orang yang belum pernah berbuat kebaikan sedikitpun…” Hadis Riwayat Muslim

Keenam: Hisab

Pada tahap (fasa) ini, Allah SWT menunjukkan amal-amal yang mereka perbuat dan ucapan yang mereka lontarkan, serta segala yang terjadi dalam kehidupan dunia baik berupa keimanan, amal soleh atau kekafiran.

Setiap manusia berlutut di atas lutut mereka. Firman Allah SWT maksudnya, “Dan kamu lihat tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang kamu kerjakan. Surah al- Jatsiah ayat 28

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Muhammad SAW, umat yang terakhir tapi yang pertama dihisab. Yang pertama kali dihisab dari hak-hak Allah pada seorang hamba adalah solatnya, sedang yang pertama kali di adili diantara manusia adalah urusan darah.

Allah SWT mengatakan kepada orang kafir, “Dan kamu tidak melakukan suatu pekerjaan melainkan Kami menjadi saksi atasmu diwaktu kamu melakukannya.” Surah Yunus ayat 61

Seluruh anggota badan juga akan menjadi saksi.

Allah bertanya kepada hamba-Nya tentang apa yang telah ia kerjakan di dunia, “Maka demi Rabbmu, kami pasti akan menanyai mereka semua tentang apa yang akan mereka kerjakan dahulu.” Surah al- Hijr ayat 92-93

Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.” Hadis Riwayat Tarmizi

Ketujuh: Pembagian catatan amal

Pada detik-detik terakhir hari perhitungan, setiap hamba akan diberi kitab (amal) nya yang mencakup lembaran-lembaran yang lengkap tentang amalan yang telah ia kerjakan di dunia.

Al Kitab di sini merupakan lembaran-lembaran yang berisi catatan amal yang ditulis oleh malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT.

Manusia yang baik amalnya selama di dunia, akan menerima catatan amal dari sebelah kanan. Sedangkan manusia yang buruk amalnya akan menerima catatan amal dari belakang dan sebelah kiri, seperti pada firman Allah SWT yang bermaksud, “Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, maka ia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah, dan ia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira.

“Adapun orang yang diberikan kitabnya dari belakang, maka ia akan berteriak, “celakalah aku”, dan ia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).” Surah al- Insyiqaq ayat 8-12

“Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata, “Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini), dan aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku. Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segala sesuatu. Hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku. Telah hilang kekuasaanku dariku” (Allah berfirman), “Peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke lehernya”, kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala.” Surah al- Haqqah ayat 25 -31

Kelapan: Mizan (Timbangan amal)

Mizan adalah apa yang Allah letakkan pada hari kiamat untuk menimbang amalan hamba-hamba-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud, “Dan kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah seorang dirugikan walau sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan.” Surah al- Anbiya ayat 47

Dari Abu Hurairah radhiya alläh ‘anh, ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah Sallallähu ‘Alaihi Wa sallam bersabda maksudnya, ‘Siapa yang pernah zalim terhadap saudaranya, maka hendaklah ia minta dihalalkan (mohon maaf) dari perbuatan tersebut. Kerana sesungguhnya pada saat itu tidak ada dinar dan tidak pula dirham, sebelum pahala kebaikannya diambil untuk saudaranya. Jika ia tidak mempunyai kebaikan, maka diambillah kejahatan-kejahatan saudaranya itu, dan dibebankanlah (dosanya) kepadanya.” Hadis Riwayat Bukhari

Untuk orang kafir mereka akan dimasukkan ke dalam neraka tanpa melalui Mizan. Hanya orang muslim saja akan melalui Mizan (timbangan amal). Selepas Mizan mereka akan melalui tahap selanjutnya iaitu ke Telaga.

Kesembilan: Telaga (al-Haudh)

Umat Muhammad SAW akan mendatangi air pada telaga Rasulullah SAW. Barang siapa minum dari telaga tersebut maka ia tidak akan haus selamanya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya aku telah mendahului kalian menuju al-haudh…” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari sahabat Sahl bin Sa’d

Perlu kita ketahui bahawa setiap para nabi memiliki telaga. Namun telaga Rasulullah SAW adalah yang paling besar, paling mulia, paling indah, dan paling banyak pengikutnya.

Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Sesungguhnya setiap Nabi memiliki telaga, mereka membanggakan diri, siapa di antara mereka yang paling banyak peminumnya (pengikutnya). Dan aku berharap, akulah yang paling banyak pengikutnya.” Hadis Riwayat Tirmidzi

Setelah Telaga, umat muslim akan ke tahap selanjutnya yaitu tahap Ujian Keimanan Seseorang. Perlu dicatat bahwa orang kafir dan orang yang berbuat syirik sudah masuk neraka (setelah tahap Mizan, seperti dijelaskan di atas).

Kesepuluh: Ujian Keimanan Seseorang

Selama di dunia, orang munafik terlihat seperti orang beriman kerana mereka menampakkan keislamannya. Pada fasa inilah kepalsuan iman mereka akan diketahui, diantaranya cahaya mereka redup.

Mereka tidak mampu bersujud sebagaimana sujudnya orang mukmin. Apabila dibawa mengadap, orang-orang munafik ini merayu-rayu agar orang-orang mukmin menunggu dan menuntun jalannya.

Kerana masa itu benar-benar gelap dan tidak ada petunjuk kecuali cahaya yang ada pada tubuh mereka.

Allah SWT berfirman maksudnya, ”Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang beriman: ”Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu”. Dikatakan (kepada mereka): ”Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)”. Lalu diadakan diantara mereka dinding yang mempunyai pintu.Di sebelah dalamnya ada rahmat da di sebelah luarnya dari situ ada siksa.Surah al- Hadid ayat 13

Setelah ini umat muslim yang lulus sampai tahap Ujian Keimanan seseorang itu, akan melalui Sirat.

Kesebelas: Sirat

Sirat adalah jambatan yang dibentangkan di atas Neraka Jahannam, untuk diseberangi orang-orang mukmin menuju ke syurga (jannah).

Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang sirat, maka baginda bersabda maksudnya, “Tempat menggelincirkan, di atasnya ada besi penyambar dan pengait dan tumbuhan berduri yang besar, ia mempunyai duri yang membahayakan seperti yang ada di Najd yang disebut pohon Sud’an.” Hadis Riwayat Muslim

“Telah sampai kepadaku bahawasanya sirat itu lebih nipis dari rambut dan lebih tajam dari pedang.” Hadis Riwayat Muslim

“Ada yang melalui sirat laksana sekelip mata dan ada yang seperti kilat, ada yang seperti tiupan angina, ada yang terbang seperti burung dan ada yang menyerupai orang yang mengendarai kuda, ada yang selamat seratus peratus, ada yang lecet-lecet dan ada juga yang ditenggelamkan di Neraka Jahannam.” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Yang pertama menyeberangi sirat adalah Nabi Muhammad SAW dan para pemimpin umat baginda. Baginda bersabda maksudnya, “Aku dan umatku yang paling pertama yang diperbolehkan melalui sirat dan ketika itu tidak ada seorangpun yang bicara kecuali Rasul dan Rasul berdoa ya Allah selamatkanlah, selamatkanlah.” Hadis Riwayat Bukhari

Bagi umat muslim yang berhasil melalui sirat tersebut, akan ke tahap selanjutnya jambatan.

Kedua belas: Jambatan

Jambatan disini, bukan sirat yang letaknya di atas Neraka Jahannam. Jambatan ini dibentangkan setelah orang mukmin berjaya melewati sirat yang berada di atas Neraka Jahannam.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Seorang mukmin akan dibebaskan dari api neraka, lalu mereka diberhentikan di atas jambatan antara syurga dan neraka, mereka akan saling diqisas antata satu sama lainnya atas kezaliman mereka di dunia. Setelah mereka bersih dan terbebas dari segalanya, barulah mereka diizinkan masuk syurga. Demi Zat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, seorang diantara kalian lebih mengenal tempat tinggalnya di syurga daripada tempat tinggalnya di dunia.” Hadis Riwayat Bukhari

Setelah melalui jambatan ini barulah orang mukmin masuk syurga Allah SWT.

Kesimpulan

Sahabat yang dikasihi, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita sendiri. Kebenaran telah terbentang luas dihadapan kita, jalan mana yang ingin kita ikuti? Jalan lurus atau jalan bengkok?

Jika jalan yang lurus maka kita akan terselamat melalui 12 fasa tersebut di atas, tetapi jika jalan yang bengkok maka kita akan mengalami azab sengsara yang tidak berkesudahan dan penyesalan ketika kita sudah tidak berguna lagi.

Oleh itu gunakanlah masa sebaik-baiknya ketika di dunia ini, buatlah amal kebaikan sebanyak-banyaknya dan tinggalkanlah kemungkaran, maksiat dan dosa.

Semoga Alah SWT memberi kekuatan dan selalu membimbing kita untuk tetap istiqamah di jalan-Nya sehingga dapat mencapai syurga-Nya dan dijauhkan dari seksa neraka-Nya.

sumber: facebook.com/abu-basyer

Sumber artikel: sentiasapanas

INILAH HIMPUNAN HADIS YANG MENYEBUT TENTANG PEDIHNYA AZAB KUBUR; ALLAHU’AKBAR

Dari Abdullah bin Abbas, ia berkata: Rasulullah Saw melewati dua kubur, beliau bersabda: “Kedua penghuni kubur ini diazab, mereka diazab bukan karena dosa besar, salah satu dari mereka tidak menutup ketika buang air kecil, salah satu dari mereka berjalan membawa ucapan orang lain (gosip)”.

Kemudian Rasulullah Saw mengambil satu pelepah kurma yang basah, lalu membaginya menjadi dua bagian, kemudian menanamkan dua bagian tersebut ke kedua makam itu. Para shahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, mengapa engkau melakukan ini?”. Rasululullah Saw menjawab: “Semoga azab keduanya diringankan selama pelepah kurma ini basah”. (HR. alBukhari dan Muslim).

Hadits Kedua:
Ketika Rasulullah Saw melewati kebun Bani Najjar, beliau menunggang Bighal (lebih besar dari keledai, lebih kecil dari kuda), kami (para shahabat) bersama beliau, tiba-tiba Bighal itu liar, nyaris membuat Rasulullah Saw jatuh, ada enam atau lima atau empat kubur –demikian dinyatakan al-Jurairi- Rasulullah Saw bertanya: “Siapakah yang mengenal kubur siapakah ini?”.

Seorang laki-laki menjawab: “Saya”. Rasulullah Saw bertanya: “Bilakah mereka meninggal dunia?”. Laki-laki itu menjawab: “Mereka mati dalam keadaan musyrik”. Rasulullah Saw berkata: “Ummat ini disiksa di dalam kubur mereka, kalaulah bukan karena kamu akan takut dikubur, pastilah aku berdoa kepada Allah supaya memperdengarkan kepada kamu azab kubur yang aku dengar”.

Kemudian Rasulullah Saw menghadap kami seraya berkata: “Mohonkanlah perlindungan kepada Allah dari azab neraka”. Kami ucapkan: “Kami berlindung kepada Allah dari azab neraka”. Rasulullah Saw berkata: “Mohonkanlah perlindungan kepada Allah dari azab kubur”. Kami ucapkan: “Kami berlindung kepada Allah dari azab kubur”. Rasulullah Saw berkata: “Mohonkanlah perlindungan kepada Allah dari azab yang tampak dan yang tak tampak”.

Mereka mengucapkan: “Kami berlindung kepada Allah dari azab yang terlihat dan tidak terlihat”. Rasulullah Saw berkata: “Mohonkanlah perlindungan dari azab dajal”. Mereka mengucapkan: “Kami berlindung kepada Allah dari azab dajal”. (Hadits riwayat Muslim).

Hadits Ketiga:
“Apabila salah seorang kamu selesai dari tasyahud akhir, maka mohonkanlah perlindungan kepada Allah dari empat perkara: dari azab jahanam, dari azab kubur, dari azab hidup dan mati dan dari azab al-masih dajal”. (Hadits riwayat Ibnu Majah).

Hadits Keempat:
Dari Abu Ayyub, ia berkata: “Rasulullah Saw keluar ketika matahari telah tenggelam, Rasulullah Saw mendengar suatu suara, beliau berkata: “Ada orang Yahudi yang disiksa di kuburnya”. (Hadits riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Hadits Kelima:
Dari Aisyah, ia berkata: “Dua orang perempuan tua Yahudi kota Madinah menemui Aisyah seraya berkata: “Sesungguhnya penghuni kubur diazab di dalam kubur mereka”, maka saya mendustakan mereka, saya tidak nyaman untuk mempercayai mereka, lalu kedua orang itu pergi, kemudian Rasulullah Saw datang, lalu saya berkata kepada Rasulullah,

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya ada dua orang perempuan Yahudi”, saya sebutkan hal itu kepada Rasulullah Saw, beliau bersabda: “Kedua perempuan Yahudi itu benar, penghuni kubur diazab di dalam kubur, azab mereka dapat didengar semua hewan”. Saya tidak pernah melihat Rasulullah Saw selesai shalat melainkan memohon perlindungan dari azab kubur”. (HR. al-Bukhari dan Muslim).

Setelah melihat dalil dari al-Qur’an, hadits dan pendapat para ulama di atas, maka tidak ada alasan untuk menolak azab kubur. Karena azab kubur adalah masalah yang disepakati para ulama Ahlussunnah waljama’ah.

Sumber : kkaswaja

UNTUK SURIRUMAH, INI CARA MUDAH UNTUK SIMPAN BAWANG PUTIH AGAR TAHAN LAMA

Setiap bulan aktiviti membeli pelbagai jenis bawang memang sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang suka memasak. Maklumlah kebanyakkan resepi masakan memang menggunakan bawang sebagai penambah rasa dan memberikan bau yang harum pada masakan.

Bawang antara bahan mentah yang cepat bertindak balas dan tidak tahan lama jika disimpan terlalu lama. Jika bawang merah atau bawang besar akan menjadi lembik dan busuk jika disimpan lama, bawang putih pula biasanya akan menjadi layu dan busuk luarannya.

Sebenarnya ada cara menarik menyimpan bawang putih ini. Rasanya juga lebih sedap, sebati dan paling penting lebih tahan lama. Bagaimana?

Bukan itu sahaja, malah cara ini juga lebih menjimatkan masa memasak kerana tidak perlu lagi mengupas bawang putih setiap kali anda ingin memasak. Dengan kaedah ini, setiap kali hendak masak, hanya sudukan dan terus ditumis sahaja tanpa perlu mengupasnya lagi. Menarik! Tapi bagaimana?

Caranya :

Kupas kulit dan potong dadu bawang putih.
Jemur bawang putih sehingga ia agak kering tetapi jangan sampai warnanya bertukar gelap.
Masukkan bawang putih ke dalam balang kaca.
Tambah minyak masak seperti minyak zaitun, minyak jagung atau minyak masak jenis lain dalam balang kaca sehingga bawang putih tenggelam.
Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama atau di dapur sahaja. Elakkan dari suhu panas.
Keluarkan jika hendak memasak. Tahan sekurang-kurangnya sebulan.
Kelebihan Bawang Putih

Anti Bakteria & Antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai anti-virus dan anti-bakteria untuk memusnahkan beberapa mikrob. Ia teramat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

Mengandungi Banyak Iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih sangat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

Membantu Sistem Pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric asid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

Meningkatkan Sistem Imunisasi
Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktivitisel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

Sumber: Petua Ibu

HATI-HATI, SEGERALAH BERISTIGHFAR APABILA TIMBUL RASA TAKJUB DAN HEBAT MELANDA DIRI

Berkata Ibnu Qayyim Rahimahullah, “Jika Allah mudahkan bagimu mengerjakan solat malam, maka janganlah memandang rendah orang-orang yang tidur.

“Jika Allah mudahkan bagimu melaksanakan puasa, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak bepuasa dengan tatapan menghina.

“Jika Allah memudahkan bagimu pintu untuk berjihad, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan meremehkan.

“Jika Allah mudahkan pintu rezeki bagimu, janganlah memandang orang-orang yang berhutang dan kurang rezekinya dengan pandangan yang mengejek dan mencela. Kerana itu adalah titipan Allah yang akan dipertanggung-jawabkan kelak.

“Jika Allah mudahkan pemahaman agama bagimu, janganlah meremehkan orang-orang yang belum faham agama dengan pandangan hina.

“Jika Allah mudahkan ilmu bagimu, janganlah sombong dan bangga diri, kerana Allahlah yang memberimu pemahaman itu.

“Boleh jadi orang yang tidak mengerjakan qiyamullail, puasa (sunat), tidak berjihad dan sebagainya lebih dekat pada Allah daripada dirimu.”

Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata, “Sungguh engkau terlelap tidur semalaman dan pagi harinya menyesal, lebih baik daripada qiyamullail semalaman, namun pagi harinya engkau merasa takjub dan bangga diri. Sebab orang yang merasa bangga dengan amalnya tidak akan pernah naik (diterima) amalnya.”

Semoga bermanfaat buat kita semua..

Sumber artikel: sentiasapanas

SAIZ FIBROID MACAM HAMIL 5 BULAN, TAPI HAKIKATNYA UMUR 40an DAN TAK KAHWIN LAGI

Ramai wanita tak tahu yang saiz fibroid boleh jadi gangguan untuk niat dapatkan anak. Punca fibroid bermula pada ganguan haid dan sengugut. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya kaum wanita.

Ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak. Antara petanda anda mungkin ada Ovarian cyst yang kritikal adalah bila period anda mula terganggu.

Ovarian cyst dan fibroid ni kedua-duanya sama iaitu sejenis ketumbuhan. Bezanya, fibroid ni terdiri dari tisu yang padat dan hanya berada pada rahim. Tapi ovarian cyst terdiri dari cecair atau semi-solid dan berada dalam ovari.

Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka. Nak tahu punca dan macam mana nak cegah fibroid, ikuti perkongsian oleh Dr Hamid Arshat ini…

1. Mungkin ada faktor baka dikaitkan dengan tumbuhan fibroid.

2. Tumbuhan fibroid membesar atas pengaruh hormon estrogen. Kandungan estrogen berlebihan pada pengidap fibroid. Estrogen dikeluarkan oleh kilang ovary dan sedikit dari lemak dan kelenjar adrenal.

Biasanya tindakan estrogen ditentang hormon progesterone. Hormon progesterone hanya keluar jika ada penetasan telor (ovulation). Malangnya tidak semua pusingan haid ada ovulation. Oleh itu kekurangan hormon progesterone boleh menimbulkan bermacam-macam gangguan haid dan juga kurang subur.

3. Ada beberapa jenis makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid khususnya yang tinggi kandungan gula dan karbohaidret. Makanan-makanan junk, fast dan tinned juga disyakki menggalakan fibroid kerana kandungan pengawet, perisa dan pemanis tiruan.

4. Ada juga makanan yang mengandungi phytoestrogen sapeti kacang soya dan lain-lain tetapi kesannya terhadap pertumbuhan fibroid tidak dapat dipastikan.

5. Mungkin lebih baik makan antiestrogen foods untuk cegah tumbuhan fibroid saperti delima, broccoli, kobis, cauliflour; maca, minyak zaiton, cendawan shitake: anggor merah, chia seeds, oats, teh hijau, juz lemon, kacang almond walnut dan peanuts; kunyit, bawang, cholophyl dan spirulina. Virgin coconut oil (VCO), garlic, kucai dan berries. Sayur-sayur hijau segar dan mentah serta ulam-ulam.

6. Sering fibroid tidak menimbulkan gejala atau tanda-tanda. Terbaik untuk lakukan scan peranakkan.

Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshat dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.

Sumber: Mingguan Wanita

INILAH 40 PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN MENURUT AL QURAN DAN SUNNAH

Dalam dunia yang mencabar sekarang ini, aqidah umat Islam perlu dijaga agar tidak terpesong sama ada secara sedar atau tidak. Aqidah tauhid adalah pegangan umat Islam.

Oleh itu, penerimaan amalan manusia di sisi Allah SWT adalah bergantung kepada keikhlasan mentauhidkan Allah SWT.

Sesungguhnya kemurnian dan ketahanan iman seseorang Muslim bergantung kepada keyakinan dan keikhlasan mematuhi dan mengamalkan atau melaksanakan ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dalam segala aspek kehidupan.

Seandainya seseorang muslim itu mengingkari dari ajaran Al-Quran dan Sunnah, akan menyebabkan iman rosak dan binasa. Antara 40 perkara yang boleh membatalkan iman yang telah disusun oleh Drs Hanafi Mohamad ialah:

1.Syirik

2.Meninggalkan Solat fardu

3.Meninggalkan puasa bulan Ramadhan

4.Enggan mengeluarkan zakat

5.Enggan menunaikan haji

6.Murtad

7.Kufur terhadap Allah

8.Mengingkari takdir Allah

9.Beramal selain mencapai keredhaan Allah

10.Mentaati selain perintah Allah dan Rasul

11.Tawakal selain Allah

12.Memperhambakan Manusia

13.Berpaling dari peringatan Al-Quran

14.Mengkhianati amanah Allah dan Rasul

15.Menyembunyikan kebenaran ayat Allah SWT kerana takut kepada ancaman manusia

16.Mengubah dan menyalahgunakan ayat-ayat Allah SWT

17.Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin

18.Mempermainkan kesucian agama

19.Menghukum dengan hukuman manusia dan menolak hukum Allah

20.Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang dihalalkan Allah SWT

21.Mengajak umat Islam meninggalkan jidah di jalan Allah

22.Mengkafirkan sesama muslim

23.Cinta kepada kehidupan dunia melebihi cinta kepada Allah dan Akhirat

24.Mengamalkan cara hidup orang kafir

25.Berpegang teguh kepada adat resam nenek moyang yang berlawanan dengan syariat Islam

26.Munafik (Nifak)

27.Beramal dengan riak

28.Gemar mengamalkan perkara bidaah

29.Membuat peraturan atau undang-undang yang berlawanan dengan petunjuk Allah dan RasulNya

30.Tidak beradab terhadap Rasulullah saw

31.Menghina sahabat Rasulullah saw

32.Mengangkat orang kafir menjadi pemimpin

33.Menolong orang kafir mengintip rahsia orang beriman

34.Memberi amanah kepada orang kafir untuk kepentingan umat Islam

35.Memohon keampunan dosa bagi orang kafir

36.Taksub kepada ulama dalam perkara maksiat

37.Mempercayai tukang tenung

38.Mengamalkan dan mempercayai sihir

39.Mempercayai kuasa azimat

40.Bersumpah dengan selain nama Allah

Wallahu ‘alam

Dipetik dari buku 40 Perkara Yang Membatalkan Iman Menurut Al-Quran & Sunnah
Susunan Drs Hanafi Mohamed, Terbitan Pustaka Haji Abdul Majid, 2009.
Sumbangan Dato’ Hj Mohd Alias Dato’ Latfi