Browse Category: Kesihatan

INILAH ANTARA RAHSIA KHASIAT BUAH LEMON YANG RAMAI TAK TAHU

Kebaikan Lemon. Si buah kuning yang berbentuk oval ini memang kaya dengan magnesium, karbohidrat, potasium, asid sitrik, kalsium dan Vitamin B serta C.

Ternyata, jus lemon mempunyai banyak khasiat yang tersembunyi. Ia digunakan dalam perubatan, masakan, makmal eksperimen dan juga agen pembersih. Secara turun temurun, buah lemon sememangnya terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan dan juga kecantikan.

Antara Kebaikan Lemon:

1. Baik Untuk Perut

Lemon boleh membantu melegakan rasa mual, mulas dan juga membantu dalam proses pencernaan. Ia bertindak sebagai pencuci atau pembersih bagi kotoran yang ada dalam perut. Apa yang anda perlu lakukan ialah, campuran jus lemon yang diperah dengan air suam dan kemudian minum. Mudah, cepat dan sedap! Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Cegah Nafas Berbau

Jus lemon sangat membantu dalam mencegah dan menghilangkan nafas yang berbau. Ia akan membuatkan mulut kita menjadi lebih segar dan wangi. Anda boleh berkumur dengan jus lemon yang diperah atau campurkan dengan air suam dan minum. Selain itu, anda juga boleh mengunyah hirisan lemon selepas waktu makan untuk meneutralkan semula bau nafas dan mulut anda. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

3. Terbaik Untuk Penjagaan Kulit

Lemon, merupakan ubat antiseptik yang semula jadi, ia boleh digunakan untuk mengubati masalah-masalah yang berkaitan dengan kulit. Lemon ialah buah sitrus yang kaya dengan vitamin C, ia boleh meningkatkan kecantikan dengan meremajakan kulit dari dalam. Ia membuatkan wajah lebih berseri-seri serta bertindak sebagai ubat anti-penuaan. Dapat menghilangkan kedut dan bintik hitam. Air lemon jika digunakan di kawasan kulit yang melecur boleh memudarkan parut kerana lemon merupakan agen penyejuk yang boleh mengurangkan kesan lecuran pada kulit.

4. Membantu Pengelupasan Sel Kulit Mati

Buah lemon mengandung AHA (Alpha-Hidrocxy Acid) yang dapat membantu dalam pengelupasan sel-sel kulit mati. Perah buah lemon dan ambil air perahannya, celupkan kapas pada air perahan buah lemon dan sapukan di seluruh wajah setelah dibersihkan. Biarkan selama 10 minit dan bilas. Kulit wajah anda akan kelihatan bercahaya dan terasa lembut.

5. Melembutkan Kulit Pada Siku

Kulit pada siku biasanya kering dan berwarna hitam, untuk membuat kulit di bahagian siku kelihatan bersih dan lembut lakukan perawatan dengan buah lemon. Hiris buah lemon menjadi dua bahagian, gosokkan hirisan buah lemon tadi ke bahagian siku dan biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air.

6. Pembersih Darah

Penyakit seperti malaria dan kolera boleh juga diubati dengan mengamalkan minum jus lemon segar kerana lemon juga bertindak sebagai pembersih darah. Amalkan petua ini sehingga anda menampakkan kesannya.

Dewasa dan kanak-kanak (70 kg ke bawah) : Perah separuh lemon dan campurkan dengan segelas penuh air suam. Minum dua kali sehari.

Dewasa (70 kg ke atas) : Perah satu biji lemon dan campurkan dengan segelas air penuh air suam dan minum dua kali sehari.

Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

‘Limonoid glucosides’ adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

Air lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

7. Rawatan Kulit Berjerawat

Lemon dan jerawat? Dalam fikiran anda mesti pedih bukan? Kesan pedih itu hanyalah untuk seketika sahaja. Ia bertindak untuk membunuh bakteria yang ada sebelum mengecutkan jerawat tersebut. Lemon mengandungi asid sitrik yang mampu merawat jerawat dan kandungan alkalinya mampu membunuh sesetengah bakteria yang menjadi punca jerawat. Selain daripada meminum jus lemon setiap pagi, anda boleh sapukan jus lemon sebenar pada kulit yang berjerawat dan tinggalkan semalaman. Untuk masker, anda boleh campurkan jus lemon dengan madu dan lumurkan pada kulit muka. Rawatan kulit muka dengan lemon mampu mengekalkan seri wajah.

8. Membantu Dalam Penjagaan Gigi

Air lemon boleh juga digunakan dalam penjagaan gigi. Jika jus lemon segar digunakan pada bahagian gigi yang sakit, ia boleh membantu mengurangkan kesakitan. Urutan jus lemon pada gusi juga boleh menghentikan pendarahan gusi. Ia memberikan kelegaan daripada bau busuk dan masalah-masalah lain yang berkaitan dengan gusi.

9. Kuku Kuat dan Tangan Cantik

Untuk mendapatkan kuku yang kuat dan bersinar, rendam jari anda di dalam jus lemon selama 10 minit. Selepas itu, berus kuku anda dan rendamkan semula di dalam air suam yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Setelah itu, bilas jari anda dengan air suam. Lakukan seminggu sekali untuk melihat kesannya.

10. Menurunkan Berat Badan

Jus lemon membantu penghadaman dan merangsang hati untuk menyingkir kekotoran di dalam sistem badan anda. Ini boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Minum segelas jus lemon suam yang dicampurkan dengan madu setiap hari dan jadikannya amalan sekiranya anda mahu mengurangkan berat badan.

11. Masalah Rambut Nipis Dan Berkelemumur

Menyapu dan mengurut jus lemon ke atas kepala anda mampu melancarkan peredaran darah untuk merangsang pertumbuhan rambut. Bukan itu sahaja, sekiranya anda membiarkan jus lemon di atas kulit kepala selama 10 minit selepas mencuci rambut, ia mampu mengurangkan kelemumur dan menjadikan rambut anda lebih bersinar.

12. Merawat Sakit Tekak

Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahakyang terhasil dalam badan.

13. Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Air lemon sangat baik kepada mereka yang mempunyai masalah jantung, disebabkan oleh kandungan kalium yang tinggi. Ia mengawal tekanan darah tinggi, pening, loya serta memberi kelonggaran kepada minda dan tubuh badan. Ia juga mengurangkan tekanan mental dan kemurungan.

Jangan lupa SHARE ya!

Sumber: wow.my

BEGINILAH 6 CARA MEMBAKAR LEMAK DALAM BADAN DENGAN CEPAT

Setiap orang mempunyai tempoh atau jangkamasa berbeza untuk membakar lemak dalam tubuhnya.Ia bergantung berapa banyak kelebihan lemak yang ada di dalam tubuh. Semakin tebal lemak tertimbun, semakin banyak waktu yang diperlukan untuk membakarnya.

Berikut beberapa cara bakar lemak dalam tubuh dengan keadaan fizikal anda yang tetap sihat.

Pengambilan Sarapan Sihat
Sarapan pagi memainkan peranan yang penting untuk membantu anda menurunkan berat badan. Pastikan anda memilih menu sarapan sihat iaitu bijirin tinggi serat dengan susu rendah lemak serta buah-buahan.

Amalkan Minum Teh Hijau
Teh hijau dapat menambah metabolisme tubuh lebih kurang dalam empat peratus. Pengambilan teh hijau juga membantu dalam membakar kalori kurang lebih 60 kalori /harinya, yang setara dengan tiga kilogram setiap tahun.

Zat Besi
Apabila anda tidak mempunyai zat besi yang cukup dalam tubuh, fizikal anda juga tidak memperoleh oksigen yang mencukupi untuk disebar ke semua jaringan sel tubuh. Ia akan menyebabkan metabolisme fizikal menjadi lemah. Jadi, pilihlah jenis makanan yang menyimpan zat besi seperti ayam, daging merah, bijirin dan kacang soya.

Senaman Beban
Senaman beban mampu menambah metabolisme fizikal kerana kalori dalam fizikal dapat terbakar. Bukan hanya itu saja, penambahan metabolisme sekitar dua jam selepas senaman beban. Antara senaman beban yang boleh aplikasikan ialah bench step-ups, squat, push-ups, lunges, pull-ups dan juga crunches.

Tingkatkan Kepantasan Senaman
Kepantasan senaman yang tinggi mampu membakar lemak yang lebih banyak. Apabila anda sedang berjogging pada kecepatan yang sederhana, sebaiknya tambahkan kelajuannya sebanyak 30 saat setiap lima minit supaya tubuh membakar lemak dengan lebih cepat.

Cuba Buat Senaman Baru
Cara bakar lemak ini cukup mudah, jika anda mempunyai kebiasaan berjalan kaki, ubahlah dengan berenang, berbasikal dan sebagainya. Dengan mengubah aktiviti senaman tersebut anda boleh membakar kalori dnegan lebih banyak.

Jangan lupa SHARE artikel ini.

Sumber: wom.my

INILAH TANDA-TANDA SAKIT PADA BADAN YANG RAMAI ABAIKAN SEHINGGA MEMBAWA MAUT

Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain.

Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. Sakit di bahagian bahu.

-Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

2. Kebas tangan :

-Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

3. Kebas tangan kiri dan lengan :

-Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.

Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

4. Kebas kaki :

-Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

5. Sakit tapak kaki :

-Menandakan buah pinggang lemah.

Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

6. Sakit tumit kaki :

-Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

7. Rasa panas di tapak kaki :

– Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

8. Gatal di celah-celah jari kaki :

– Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA

Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

1. Pening / sakit di bahagian depan kepala :

-Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

2. Pening /sakit di bahagian belakang kepala

-Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

-Bahagian bawah (tengkuk). :Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

3. Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga :

-Menandakan penyakit migrain.

4. Bisul terjadi di kepala:

-Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

5. Rasa pening yang memusing

– Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

6. Mulut / kerongkong / lidah loya / muntah.

-Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

7. Muntah darah

-Darah merah :

Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan

– Darah hitam:

Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

8. Lidah rasa tegang dan pendek :

-Tanda sakit jantung.

9. Keluar air liur yang pekat :

-Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

BUANG AIR KECIL

1. Kerap kencing :

-Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

2. Air kencing berkapur :

-Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

3. Air kencing berminyak :

– Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

4. Air kencing pekat berwarna coklat :

– Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

5. Air kencing berdarah :

-Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR

1. Cirit -birit / kerap buang air besar :

-Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar

. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

2. Sembelit:

-Membersihkan toksin dari usus kecil.

3. Najis berdarah

– Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

– Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

4. Najis berwarna hitam :

– Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

SAKIT PADA TUBUH BADAN

Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

1. Sakit menyucuk :

– Proses menyeimbangkan urat saraf.

2. Sakit sengal:

– Menandakan luka di dalam badan.

3. Sakit menyentap:

– Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

4. Sakit menegang :

– Proses melancarkan pengaliran darah.

5. Badan terasa berat/ malas/ lenguh:

-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

6. Badan terasa panas:

-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

7. Badan terasa ringan :

– Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

TANDA PADA EMOSI:

Perubahan emosi secara tiba-tiba biasanya memang kelihatan pelik dan kadang kala menganggu tumpuan kita menjalani kehidupan seharian terutama sekali ketika bekerja atau memandu.

1. Rasa takut mengejut.

– Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

2. Cepat naik darah / marah :

– Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

3. Rasa bimbang dan takut :

-Sistem paru-paru yang lemah.

4. Rasa seronok atau bimbang tanpa sebab :

– Sistem jantung yang lemah.

– Sistem saraf otak yang lemah.

– Masalah pengaliran darah.

6 JENIS MAKANAN YANG BOLEH MENGATASI MASALAH PERUT BUNCIT

Masalah Perut Buncit. Bercakap tentang masalah perut buncit memang tak pernah habis. Kadang-kadang boleh buat anda sakit hati!

Lebih-lebih lagi apabila anda teringin sangat hendak memakai pakaian yang agak ketat. Memang ‘kempunan’ sebab disekat oleh keadaan lemak di perut yang kelihatan begitu jelas ataupun ketara apabila anda memakai pakaian sebegitu. Jika berkeras untuk memakainya, anda akan berhadapan pula dengan hilang keyakinan diri atau mungkin juga menjadi ‘paranoid’.

Anda mungkin akan menjadi serba tidak kena atau tidak tentu arah, anda bimbang masalah perut buncit atau lemak yang bertimbun di perut akan dilihat orang lain. Selain itu, anda juga akan berasa tidak selesa ketika duduk, kerana lipatan perut bakal jelas kelihatan. Sesekali anda mungkin boleh menahan nafas untuk membuatkan perut buncit anda itu nampak rata dalam sekejap, dan tak mungkinlah anda mampu menahannya dalam tempoh yang agak lama.

Jadi, sebab itulah anda perlu tahu cara untuk menyelesaikan masalah perut buncit dengan pengambilan makanan-makanan yang sepatutnya.

1.Berry

Ternyata keluarga buah berry mampu menyelesaikan masalah perut buncit sekaligus menghilangkannya. Sistem penghadaman anda menjadi lebih lancar sehingga tidak terjadinya penggumpulan sisa-sisa kotoran di dalam tubuh. Anda yang mengalami masalah pelupa juga boleh mengambil makanan ini untuk mempertajamkan daya ingatan anda.

2. Telur

Makanan ini kaya dengan protein. Boleh direbus atau digoreng mata, dibuat sarapan ataupun makan tengahari.

3.Kacang Almond

Rasa kacang yang ranggup membuatkan ramai yang mengambil makanan daripada bahan utama kacang-kacangan menjadi ketagih dan tidak mudah jemu. Kacang mempunyai kandungan serat, vitamin dan magnesium yang sangat berkhasiat untuk membantu menyelesaikan masalah perut buncit anda. Selain itu, kacang almond juga mampu mengecilkan punggung anda, menghindari penuaan semulajadi serta melawan dan mencegah timbulnya penyakit jantung dan sebagainya.

4. Manfaat Sayur-Sayuran

Cara mengatasi masalah perut buncit atau mengecilkan perut yang seterusnya ialah dengan pengambilan banyak sayur-sayuran berwarna hijau. Ia kaya dnegan serat, kalsium dan rendah kalori sehingga sesuai buat anda yang sedang berdiet.

5. Susu

Rajin minum susu rendah lamak juga akan membuatkan andar terhindar daripada terkena risiko osteoporosis dan menjaga tubuh agar tetap sihat.

6. Oatmeal

Rasanya yang kurang enak membuatkan ramai orang kurang bersedia untuk menikmatinya. Namun, rutin pengambilan oatmeal tanpa gula ketika bersarapan membantu anda menangani masalah perut buncit serta menyeimbangkan kadar kolesterol dalam darah.

Sumber: Wom,my

SAIZ FIBROID MACAM HAMIL 5 BULAN, TAPI HAKIKATNYA UMUR 40an DAN TAK KAHWIN LAGI

Ramai wanita tak tahu yang saiz fibroid boleh jadi gangguan untuk niat dapatkan anak. Punca fibroid bermula pada ganguan haid dan sengugut. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya kaum wanita.

Ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak. Antara petanda anda mungkin ada Ovarian cyst yang kritikal adalah bila period anda mula terganggu.

Ovarian cyst dan fibroid ni kedua-duanya sama iaitu sejenis ketumbuhan. Bezanya, fibroid ni terdiri dari tisu yang padat dan hanya berada pada rahim. Tapi ovarian cyst terdiri dari cecair atau semi-solid dan berada dalam ovari.

Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka. Nak tahu punca dan macam mana nak cegah fibroid, ikuti perkongsian oleh Dr Hamid Arshat ini…

1. Mungkin ada faktor baka dikaitkan dengan tumbuhan fibroid.

2. Tumbuhan fibroid membesar atas pengaruh hormon estrogen. Kandungan estrogen berlebihan pada pengidap fibroid. Estrogen dikeluarkan oleh kilang ovary dan sedikit dari lemak dan kelenjar adrenal.

Biasanya tindakan estrogen ditentang hormon progesterone. Hormon progesterone hanya keluar jika ada penetasan telor (ovulation). Malangnya tidak semua pusingan haid ada ovulation. Oleh itu kekurangan hormon progesterone boleh menimbulkan bermacam-macam gangguan haid dan juga kurang subur.

3. Ada beberapa jenis makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid khususnya yang tinggi kandungan gula dan karbohaidret. Makanan-makanan junk, fast dan tinned juga disyakki menggalakan fibroid kerana kandungan pengawet, perisa dan pemanis tiruan.

4. Ada juga makanan yang mengandungi phytoestrogen sapeti kacang soya dan lain-lain tetapi kesannya terhadap pertumbuhan fibroid tidak dapat dipastikan.

5. Mungkin lebih baik makan antiestrogen foods untuk cegah tumbuhan fibroid saperti delima, broccoli, kobis, cauliflour; maca, minyak zaiton, cendawan shitake: anggor merah, chia seeds, oats, teh hijau, juz lemon, kacang almond walnut dan peanuts; kunyit, bawang, cholophyl dan spirulina. Virgin coconut oil (VCO), garlic, kucai dan berries. Sayur-sayur hijau segar dan mentah serta ulam-ulam.

6. Sering fibroid tidak menimbulkan gejala atau tanda-tanda. Terbaik untuk lakukan scan peranakkan.

Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshat dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.

Sumber: Mingguan Wanita

HATI-HATI, INI 6 JENIS MAKANAN YANG BOLEH JADI PUNCA KERACUNAN MAKANAN

Seorang peguam dari firma guaman yang mempunyai kepakaran selama lebih 20 tahun dalam kes-kes saman melibatkan penyakit bawaan makanan telah berkongsi senarai 6 makanan yang beliau tidak akan makan.

Menurut Bill Marler, makanan-makanan ini paling berisiko tinggi untuk menyebabkan keracunan. Disebabkan itu, beliau tidak akan sesekali memakannya.

#1 Susu segar atau jus yang tidak dipasteurkan

Susu ‘mentah’ yang diambil terus dari ladang dan tidak dipasteurkan boleh tercemar dengan bakteria, virus dan parasit. Antara tahun 1998 sehingga 2011, terdapat sebanyak 148 kes keracunan berkaitan susu mentah di Amerika Syarikat.

Salah satu kes terawal Marler ketika menjadi peguam adalah pada tahun 1996 semasa berlakunya epidemik E.Coli. Ia berpunca daripada jus epal yang tidak dipasteurkan di bawah jenama Odwalla.

#2 Tauge mentah

Tauge mentah atau yang dimasak ala kadar sahaja telah menyebabkan 19 orang pesakit dibawa ke hospital akibat keracunan salmonella pada tahun 2014.

Kesemua jenis tauge termasuklah alfalfa, klover, kacang hijau dan lain-lain boleh menyebarkan jangkitan yang berpunca daripada kontaminasi pada biji benih. Jadi, pastikan tauge dimasak sepenuhnya sebelum dimakan.

#3 Daging mentah atau separuh masak

Bill Marler hanya memakan burger dan steak daging yang dimasak sepenuhnya sehingga sekurang-kurangnya 71 darjah Celsius. Jika tidak, ia boleh menyebabkan keracunan makanan yang berpunca daripada E.coli, salmonella dan bakteria lain.

Menurut Marler lagi, perbuatan mencucuk-cucuk atau membuat selaran untuk memecahkan fiber pada permukaan daging bagi membuatkan ia lebih lembut juga boleh menyebabkan bakteria berpindah dari permukaan daging dan masuk lebih dalam.

#4 Buah dan sayuran yang siap potong

Apabila sesuatu makanan disiapkan dan diproses oleh manusia, ia semakin berisiko untuk dicemari. Ramai orang yang mendapati salad yang sedia untuk dimakan dan buah yang siap dipotong memudahkan kehidupan. Namun, kemudahan ini dianggap tidak berbaloi jika ia melibatkan nyawa. Belilah buah yang belum dicuci dan potong sendiri di rumah.

#5 Telur mentah atau separuh masak

Tidak dinafikan orang Malaysia memang amat menggemari telur separuh masak. Kalau di kedai mamak, boleh memesan sehingga 3-4 biji sekali makan.

Namun adakah anda masih ingat penyebaran wabak salmonella sekitar tahun 1980-an dan awal 90-an yang berpunca daripada telur dulu? Jika anda berhenti makan telur mentah ketika itu, ada baiknya jika anda teruskan amalan itu. Pada tahun 2010 sahaja sekitar 2,000 kes keracunan telur yang tercemar dengan salmonella. Untuk keselamatan diri dan keluarga, rebus telur hingga masak sepenuhnya.

#6 Tiram dan kerang-kerangan mentah

Kerang-kerangan mentah, terutama sekali tiram (oysters) lebih banyak mengakibatkan keracunan makanan lewat kebelakangan ini. Bill Marler mengaitkan kejadian ini dengan kenaikan suhu air yang lebih menggalakkan pertumbuhan bakteria.

Tiram hanya akan memakan apa sahaja yang terkandung dalam air. Jika ada bakteria dalam air, ia akan memasuki ke dalam sistem tiram dan boleh menyebabkan bahaya jika anda pula memakan tiram yang mentah.

Dalam Islam, kita ditegah memakan sesuatu yang boleh memudaratkan. Kalau dah tahu makanan mentah itu boleh mendatangkan bahaya, kalau boleh elakkanlah.

Berhati-hati sebelum makan!

Rujukan: Food Poison Journal

Sumber: Petua Ibu

ENAM PERKARA INI YANG IBU-IBU KENA FAHAM SEBELUM ‘IKAT PERANAKAN’

“Tak sempat nak jarakkan anak sampai 2 tahun, dah mengandung lagi. Bukan nak menolak rezeki, tapi hairan juga macam mana boleh ‘lekat’ walaupun dah cuba merancang.

Usia pun dah makin lanjut ni, agaknya bolehkah kalau aku ‘ikat peranakan’?”

Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau yang kita biasa dengar sebagai ‘ikat peranakan’ adalah proses menghalang dari berlakunya persenyawaan di antara benih telur dan sperma. Berbanding dengan kaedah-kaedah mencegah kehamilan yang lain seperti pil perancang, IUD, implan / Norplant, suntikan, serta kaedah semulajadi, prosedur sterilisasi / pemandulan ini adalah lebih berkesan dan dianggap bersifat kekal.

Maka, BTL merupakan prosedur pemandulan yang disyorkan oleh doktor apabila mendapati bahawa kehamilan seterusnya akan mengundang risiko terhadap nyawa dan kesihatan ibu. Biasanya ia melibatkan wanita yang sudah 3 kali melahirkan bayi secara pembedahan Caesarean.

Di samping itu, terdapat juga kes di mana ‘ikat peranakan’ dilakukan atas permintaan pesakit kerana tidak mahu lagi mengandung dengan alasan tidak serasi menggunakan kaedah perancang kehamilan sementara yang lain.

Perlu ditegaskan di sini bahawa keputusan ini adalah keputusan yang besar dalam diri seorang wanita. Jadi, sebelum membuat keputusan secara mendadak, fahamkan terlebih dahulu 6 perkara ini.

6 PERKARA KENA FAHAM SEBELUM ‘IKAT PERANAKAN’

1. PROSEDUR ‘IKAT PERANAKAN’

Melalui kaedah BTL, tiub Fallopio akan diikat atau dipotong. Prinsipnya adalah untuk menyekat tiub Fallopio / saluran peranakan supaya benih lelaki sperma tidak dapat melintasinya. Dengan terhalangnya laluan ini, sperma tidak dapat bersenyawa dengan telur ovum yang dikeluarkan dari kilang telur ovari.

Menurut Dr Shah Reza Johan Noor menerusi sebuah artikel Utusan Malaysia, biasanya pesakit akan dimasukkan ke wad sehari sebelum ataupun pada pagi hari pembedahan dilakukan. Dari segi pelaksanaan, terdapat 2 cara iaitu kaedah pembedahan terbuka ataupun menggunakan laparoskopi.

Melalui pembedahan terbuka, ia memerlukan pembiusan spinal ataupun epidural. Pembiusan separa bermaksud anda akan sedar sepanjang pembedahan tetapi tidak berasa sakit. Sekiranya menggunakan laparoskopi pula, jenis pembiusan adalah jenis penuh dan tidak akan sedar sepanjang prosedur tersebut dijalankan.

Persetujuan secara lisan atau bertulis dengan mengisi borang di hospital kerajaan terlebih dahulu perlu dilengkapkan sebelum sebarang prosedur dimulakan.

2. ALASAN UNTUK MENGIKAT SALURAN PERANAKAN

Antara alasan doktor menyarankan BTL atau ‘ikat peranakan’ adalah apabila anda telah dibedah pada tempat yang sama berulang kali, iaitu melebihi 3 kali. Ini kerana dikhuatiri bawah rahim menjadi semakin nipis dan meningkatkan komplikasi pada tempat caeseraean ini.

Pembedahan didapati lebih sukar boleh menyebabkan kecederaan pada organ-organ seperti usus, pundi kencing, dan sebagainya. Di samping itu, segmen bawah rahim yang semakin menipis boleh menyebabkan rahim pecah.

Selain itu, masalah kritikal lain seperti plasenta previa, uri melekat, dan komplikasi semasa bersalin yang merbahaya dan mampu mengancam nyawa pada kehamilan / kelahiran lalu boleh menjadi keperluan untuk menghalang kehamilan seterusnya.

3. BAGAIMANA KALAU INGIN MENGANDUNG SEMULA?

Walaupun dianggap sebagai pemandulan kekal, sebenarnya mana-mana kaedah perancangan keluarga tetap ada kebarangkalian untuk mengandung. Cuma secara statistiknya, peluang itu adalah amat tipis, iaitu 1 daripada 100 untuk tempoh kitaran haid 10 tahun.

Mungkin ada yang tertanya, adakah cara untuk hamil kembali setelah melakukan proses BTL?

Umumnya, terdapat 2 pilihan yang boleh diusahakan untuk hamil setelah mengikat peranakan:

i) Menjalani pembedahan untuk menyambung kembali saluran peranakan atau tiub Fallopio yang telah dipotong atau diikat. Sungguhpun begitu, peratusan kejayaan untuk membolehkan saluran ini boleh berfungsi semula seperti sediakala adalah kurang daripada 50%.

ii) Melakukan prosedur IVF kerana proses ini tidak memerlukan tiub Fallopio yang sihat. Percantuman benih lelaki dan wanita berlaku di luar tubuh wanita, iaitu di dalam tabung uji di makmal embriologi. Apabila persenyawaan berlaku, embrio atau janin yang sihat akan diletakkan ke dalam rahim ibu pada hari ketiga atau hari kelima selepas pengambilan telur. Peluang untuk hamil dengan kaedah ini adalah sekitar 30%, dan ia juga memakan kos perbelanjaan yang agak besar.

4. HUKUM KEMANDULAN KEKAL DALAM ISLAM

Menurut ulasan Mufti Wilayah Persekutuan menerusi Irsyad al-Fatwa ke-146, hukum melakukan pemandulan bagi tujuan perancangan keluarga bahawa adalah dibolehkan dengan syarat ia bukanlah sesuatu teknik yang bersifat kekal kerana ia bertentangan dengan hukum syarak.

Usaha untuk menjarakkan anak dengan menggunakan kaedah-kaedah sementara seperti memakan pil perancang, melakukan hubungan seks pada waktu tidak subur, memakai kondom, melakukan azal (ejakulasi luar rahim), dan ataupun menggunakan IUD adalah diharuskan dengan syarat berikut:

Iktikad bahawa jika Allah ingin mengurniakan anak juga, tiada siapa yang boleh menghalang dan wajiblah pasangan memelihara kandungan dan menjaga maslahatnya.
Tidak mendatangkan kemudaratan kepada pasangan khususnya isteri.
Dilakukan dengan kebenaran dan persetujuan kedua-dua suami isteri.
Namun begitu, sekiranya wujudnya kemudaratan yang serius atas nasihat doktor kerana dikhuatiri mampu mengancam nyawa ibu, maka kemandulan kekal bolehlah ia dilakukan oleh sebab darurat.
5. KOMPLIKASI SELEPAS PEMBEDAHAN

Seperti mana-mana pembedahan, antara komplikasi atau kesan sampingan yang biasa dialami selepas pembedahan adalah:

Ketidakselesaan ataupun sakit di bahagian pembedahan dan abdomen
Loya, pening serta mual dari kesan ubat-ubatan
Rasa tidak selesa badan dan letih
Sakit pada hujung bahu
Rasa tidak selesa pada tekak
Kekejangan otot-otot
Biasanya kesemua simptom ini akan hilang selepas 24 hingga 72 jam. Ubat penahan sakit akan dibekalkan semasa di dalam wad dan juga untuk kegunaan di rumah selepas keluar wad.
Perlu ditegaskan di sini bahawa haid sepatutnya tidak terjejas. Maka, sekiranya haid tidak datang, lakukan ujian UPT kerana dikhuatiri berlakunya kandungan di luar rahim.

6. IMPLIKASI LAIN

Ada yang menyesal selepas menjalani BTL, terutamanya mereka yang berumur kurang daripada 30 tahun kerana berasa sunyi apabila anak-anak semakin besar. Begitu juga mereka yang membuat keputusan terburu-buru semasa institusi perkahwinan mengalami keretakan serta permasalahan, atau membuat keputusan akibat dipaksa atau tertekan (terpaksa). Akibatnya, apabila ditakdirkan berkahwin dengan suami baru, si wanita terdesak untuk mendapatkan zuriat dengan untuk suami tersebut.

Ada juga yang risau sekiranya BTL ini menjadi punca kedinginan hubungan suami isteri. Tapi apa yang perlu anda faham, mengikat tiub Fallopio hanya menutup laluan tiub falopio. Tiub Fallopio atau salur peranakan ini TIDAK menghalang penghasilan hormon wanita iaitu – estrogen dan progesteron seperti yang dijelaskan oleh Dr Muhammad Izzat.

FIKIR MASAK-MASAK SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN

Adapun keputusan mengikat peranakan ini bukanlah tindakan remeh. Ia memerlukan pertimbangan sebaiknya oleh kedua-dua pasangan, terutamanya diri wanita itu sendiri.

Jika masih buntu, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat lebih dan penerangan daripada pakar untuk membantu membuat pilihan yang sesuai dengan keadaan kesihatan anda.

Sumber: Petua Ibu

‘SUSU KUNYIT’ PETUA TRADISIONAL UNTUK HILANGKAN MASALAH BATUK DAN SELSEMA

Susu kunyit sangat bagus untuk menghilangkan batuk, selesema atau penyakit yang melibatkan saluran pernafasan seperti asthma. Ianya juga sangat baik untuk pencernaan.

Kami nak berkongsi dengan anda resipi susu kunyit yang boleh diamalkan untuk seisi keluarga. Resipi ini telah dikongsikan oleh Sue Bertley di laman Facebook miliknya.

Hujan, sejuk malam ni, dah mula musim demam beramai- ramai pula. Sejak suami kena stroke di usia muda, saya kena rajinlah buat home remedy untuk dia. Maka, malam ni mula lagi buat susu kunyit.

Susu kunyit, cara traditional melawan batuk, selesema atau penyakit biasa/ringan melibatkan saluran pernafasan. Susu kunyit juga membantu pencernaan.

Biasa kami minum sebelum tidur, sangat membantu suami, pesakit stroke untuk tidur lebih lena dan tidak mudah demam selesema. Bagus juga untuk joint, arthritis, almaklum mudah sakit badan, pinggang juga. Kawan- kawan boleh Google lagi kebaikan Turmeric Milk ni.

Bahan- bahan:
2 cawan susu (susu segar, susu tepung )
2 isi kunyit lebih kurang size ibu jari, dibersih, ditumbuk dalam lesung batu dan perah jusnya.
Sedikit air
Secubit dua serbuk Lada Hitam
Sedikit madu asli (jika mahu)
Kalau rajin, buatlah untuk diri sendiri dan keluarga ye. Sangat bagus untuk kesihatan dalaman.

Cara buat:
Didihkan sedikit air dalam periuk (untuk elak susu hangit).
Kecilkan api dan masukkan susu.
Kemudian masukkan lada hitam, serta jus kunyit.
Kacau hingga sebati, beberapa minit hingga susu mula berbuih kecil.
Tutup api dan buat ala susu tarik.
Dah suam, boleh masukkan sedikit madu dan minum.
Moga sehat walafiat semua, tak mahu demam ye.
Tambahan: kami minum 1-2kali saja seminggu.
Kalau kena demam, kami amal 2 hari berturut. Normally hari ke-3 dah sihat semula.

Sumber dari Facebook Sue Bertley

AWAS, INILAH PUNCA JIKA JATUH DI BILIK MANDI DAN KENA STROKE

Antara punca utama ramai orang jatuh di bilik mandi dan terus terkena stroke adalah kerana kesilapan cara mandi.

Berikut merupakan cara mandi yang diajarkan oleh Rasulullah SAW:

Bermula dari segayung siramkan di telapak kaki.
Segayung di betis.
Segayung di paha.
Segayung di perut.
Segayung di bahu.
Berhentilah sejenak 5-10 saat.

Kita akan merasakan seperti wap/angin yang keluar dari ubun-ubun bahkan meremang, setelah itu lanjutkan dengan mandi seperti biasa.

Hikmahnya: Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi dengan air sejuk. Apa yang terjadi?

Gelas akan retak !!!

Jika tubuh kita …. apa yang retak?

Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.

Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena ‘stroke’. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah. Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan kepala sebelah.

Inn shaa Allah..

Sumber : petuaibu

CARA MASAK PULUT YANG BETUL AGAR BILA MAKAN TIDAK KENA ANGIN DALAM BADAN

Ramai yang mengatakan makan pulut boleh buat angin dalam badan yang menyebabkan kita lemah dan lemau. Tetapi kalau tahu cara masak yang betul, anda boleh makan pulut tanpa perlu bimbang kesan pada tubuh badan.

Ok, sebenarnya makanan yang kita ambil perlulah bersederhana, setiap makanan ciptaan Allah membawa kebaikan kepada hamba-hambanya. Janganlah menyalahkan sesuatu masakan itu.

Jadi kalau nak tahu cara masak pulut yang betul, semak perkongsian daripada penulis makanan dan resepi Puan Ainini Zainal ini. Ada orang memang terus sakit perut, sakit urat satu badan, sakit kepala (angin naik ke kepala) bila makan pulut, kan?

Pulut atau ‘glutinous/sticky/sweet rice’ memang sifatnya sedikit ‘berangin’. Tapi ada cara yang boleh membantu anda makan dan jika tidak dapat hilangkan terus anginnya pun, kurangkannya sedikit.pulut mangga, makan pulut berangin, angin dalam badan, makanan punca angin, makanan berangin

Cara Masak Sebelum Makan Pulut
1. ‘Wajib’ rendam semalaman. Untuk membuang phyctic acid di dalamnya. Rendam dan esoknya buang air rendaman, masak seperti biasa. Biasanya antara penyebab utama ‘bloating’ adalah beras pulutnya tidak direndam lama sebelum dimasak.

2. Masak bersama hirisan halia. Halia antara makanan yang membantu menyingkirkan angin berlebihan di dalam badan. Seperti mana kita kukus keledek (juga penyebab ‘bloating’) bersama halia untuk mengelakkan masalah ini, lakukan yang sama dengan masakan pulut.

3. Pastikan kombinasi makanan yang sesuai. Biasanya kombinasi makanan yang tidak sesuai ini boleh menyebabkan ‘gastronomical problems’, ketidakhadaman dan penghasilan gas dalam perut. Hasilnya, ‘bloating’. Grain (beras) adalah makanan yang sesuai digandingkan dengan sayuran, daging, ikan, ayam, kekacang, sayuran.

Kombinasi ‘grain’ dengan makanan apa yang tidak sesuai?

BUAH.

Biasa makan pulut mangga dan rasa perut tidak selesa?

Sekali dua mungkin ok.

Tapi jika selalu, masalah penghadaman yang selalu di’stimulate’ dengan kombinasi makanan yang tidak sesuai akan menyebabkan gangguan sistem penghadaman menjadi semakin lemah (selalu ada gas).

Bagaimana dapat kita capai kesihatan yang optimum jika begitu? Perut yang ‘sihat’, hasilnya badan yang sihat.

Selamat makan pulut!