Browse Category: PENGAJARAN

MASYA’ALLAH; TERSELAMAT DARIPADA KEMATIAN KERANA AMALAN ‘ASSALAMUALAIKUM’

Terselamat dari Kematian kerana “Assalamualaikum”. Terdapat seorang perempuan bekerja di kilang daging yang suka memberi salam ketika hadir bekerja.

Suatu hari, semasa dia hendak menyelesaikan tugasan harian, dia masuk ke bilik daging sejuk beku, akan tetapi nasib nya tidak baik, pintu bilik sejuk itu tertutup dan dia terkunci dari dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya.

Walaupun dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati, tiada seorang pun yang dapat mendengarnya. Kebanyakan pekerja sudah lama pulang, dan adalah mustahil untuk mendengar apa-apa di dalam bilik sejuk pada kawasan di luar bilik sejuk.

5 jam kemudian, sedang dia dalam helaan nafas kematian, seorang security guard di kilang tersebut membuka pintu bilik sejuk itu. Nasib nya baik kerana dia terselamat dari kematian pada hari itu. Setelah itu, perempuan itu bertanya pak guard itu bagaimana dia boleh buka pintu bilik sejuk itu walaupun ia bukan rutin pekerjaan hariannya.

Pakcik itu menjawab : “Saya telah bekerja di kilang ini selama 35 tahun, dan terdapat ratusan pekerja keluar dan masuk setiap hari, tetapi awak adalah segelintir yang akan menyapa saya pada sebelah pagi dan akan menyapa selamat tinggal kepada saya pada sebelah malam setiap hari anda meninggalkan kerja. Kebanyakan dari mereka melayan saya seperti saya tidak pernah wujud.

Hari ini, sebagaimana anda bila masuk ke kerja dan juga hari-hari sebelumnya menyapa saya dengan sapaan ringkas “ASSALAMUALAIKUM”. Tetapi malam ini selepas waktu kerja, saya berasa pelik kerana saya tidak mendengar sapaan “ASSALAMUALAIKUM” . Jumpa lagi esok. Jadi, saya merasakan saya perlu check di sekitar kilang.

Setiap hari saya akan mengharap sapaan “ASSALAMUALAIKUM” dari anda kerana anda mengingatkan bahawa saya masih seorang insan. Dengan tidak mendengar ucapan selamat tinggal hari ini, saya dapat mengagak mungkin ada sesuatu yang terjadi. Sebab itu, pakcik mencari awak di merata tempat.
Pengajaran untuk diri :

Jadilah seorang yang merendah diri, penyayang dan hormat pada setiap individu di sekeliling. Cubalah untuk memberi kesan kepada setiap orang yang melalui perjalanan hidup dgn anda, kerana anda tidak tahu apa akan terjadi di masa depan.

Biarlah cerita ini menjadi satu inspirasi.
jiwarosak

JADIKAN PENGAJARAN DARIPADA KISAH SEORANG ULAMA YANG MENJUAL AGAMA DI ZAMAN NABI MUSA A.S

Pada zaman Nabi Musa as. dahulu, ada seorang lelaki bernama Bal’am bin Ba’ura, dari kaum bani Israel, seorang ulama yang mempunyai pengetahuan ilmu yang luas sehinggakan beliau mempunyai pengetahuan bukan sahaja tentang ilmu yang nyata di dunia, malahan pengetahuan ilmu ghaib berkaitan jin dan malaikat, serta mempunyai ilmu berkenaan sebahagian Loh Mahfuz, arasy Allah SWT.

Doa Bal’am pula, amat mudah diperkenankan kerana tingkat ilmunya yang cukup tinggi kerana beliau mampu memahami sifat-sfat nama Allah dengan sempurna.

Begitulah istimewanya Bal’am bin Ba’ura ini disisi Allah SWT berkat didikan Nabi Musa a.s.

Nabi Musa a.s. menghantar Bal’am untuk mengajak sebuah kaum yang bernama Madyan (ada yang mengatakan kaum Jabarin) supaya kembali kepada Islam ajaran Nabi Musa a.s.

Walau bagaimanapun, ketika diseru Bal’am, pemerintah Kaum Madyan pula meminta supaya Bal’am mendoakan kecelakaan pada Nabi Musa a.s. kerana penduduk Madyan amat khuatir dengan kedatangan Nabi Musa a.s. membawa ajaran dan tenteranya.

Bal’am enggan tetapi dipujuk dengan kemewahan serta harta yang melimpah, Bal’am berkeras tidak akan mendoakan keburukan pada Nabi Musa a.s. serta tenteranya. Beliau sangat risau keimanannya tergelincir.

Bal’am dipujuk lagi dengan kemewahan harta penduduk di situ dikumpulkan dan diberikan padanya sehinggakan isteri beliau sendiri berusaha memujuknya, supaya menggunakan doa beliau untuk menghindari Musa a.s. dari situ.

Pelbagai alasan dikeluarkan oleh isteri beliau serta penduduk untuk memujuk Bal’am sehinggalah Bal’am tewas dengan godaan.

Bal’am bin Ba’ura yang tergoda, mendoakan keburukan kepada Nabi Musa a.s. dalam hatinya tetapi lidahnya hanya mengeluarkan kata-kata baik yang mendoakan kesejahteraan pada gurunya Nabi Musa a.s. serta pengikutnya.

Merasa pelik, apabila ditanya mengapa dia mendoakan kebaikan pula, Bal’am mengatakan yang itu adalah apa yang Allah SWT kehendaki dan dia tidak mampu mendoakan keburukan pada musuh mereka. Mulutnya tidak berjaya mendoakan keburukan pada Nabi Musa a.s. serta pengikutnya.

Gagal dalam berdoa, Bal’am yang sudah dirasuk dengan kemewahan dunia, menasihatkan pemerintah Madyan untuk mengumpulkan perempuan-perempuan paling cantik dari kaum mereka untuk dihantar kepada tentera Nabi Musa a.s. yang majoritinya adalah orang-orang musafir yang pasti mudah tergoda dengan wanita.

Rancangannya, Bal’am berharapan agar Allah SWT. tidak akan mengampunkan tentera Nabi Musa a.s. yang berzina. Sudah pasti tentera Nabi Musa a.s. akan dilemahkan dengan mudah kerana tidak tahan godaan nafsu syahwat.

Apa yang diharapkan berlaku memang benar-benar berlaku sehinggakan ramai tentera Nabi Musa a.s. tewas dengan godaan wanita-wanita itu yang dihantar pada mereka.

Larangan Nabi Musa a.s. agar pengikutnya tidak mendekati wanita-wanita tersebut tidak diendahkan.

Allah SWT menurunkan wabak sebagai hukuman kepada tentera Nabi Musa a.s. yang tergelincir melakukan zina sehingga dikhabarkan 70 ribu orang meninggal di landa wabak itu.

Bal’am bin Ba’ura meneruskan kehidupan beliau di situ dengan dihujani kemewahan atas kejayaan menghalang kedatangan tentera Nabi Musa a.s. kepada kaum Madyan.

Tertewas dengan godaan kemewahan itu, ulama’ besar bernama Bal’am bin Ba’ura dan pengikut setia Nabi Musa a.s. yang mempunyai ilmu melebihi manusia lain dan ditinggikan darjatnya di sisi Allah SWT, menghabiskan sisa hidupnya dalam keadaan binasa dan bingung apabila ilmunya ditarik satu per satu.

Jelas, ilmu yang tinggi itu tidak cukup untuk menghalang dia dari tamakkan kemewahan dunia.

Kehidupannya selepas itu tidak ubah seperti seekor anjing yang tidak mengerti lagi apa hala tujunya.

Hidupnya sekadar memuaskan nafsu tanpa mempunyai apa-apa makna seperti anjing yang hidupnya hanya mencari makanan.

Wallahu a’lam.

Semoga memberi manfaat.

Sumber artikel: sentiasapanas

JADIKAN PENGAJARAN DARIPADA KISAH INI, ‘SUJUD SEORANG MAK NYAH’ YANG TERLANTAR SAKIT DI HOSPITAL

Islam itu mudah, tetapi bukannya kita memudahkan Islam itu, apa yang diperintah dan disyariatkan kita hanya perlu lakukan, bahkan, apabila kita kerjakan apa yang diperintahkanNya, hati ini rasa sungguh damai, tenang seperti bebas daripada masalah.

Bagi mereka yang telah terlanjur atau melakukan dosa, ketahuilah bahawa pintu taubat itu sentiasa terbuka, selagi hidup, kita masih belum terlambat untuk berubah, tetapi kena ketahui, kita tidak tahu bila kita akan mati. Jadi berubahlah dengan segera.

Admin terbaca satu perkongsian yang amat menarik yang dikongsikan oleh seorang penulis buku di laman Facebooknya bernama Abang Long, di mana dia menceritakan pengalamannya di hospital semasa menemani anaknya yang berada di hospital.

Jom kita baca cerita yang cukup baik untuk dicontohi.

Sujud seorang Mak Nyah.
..
Saya pandang wajahnya. Dia tersenyum, dan saya membalas senyumannya yang manis.

Saya pandang sekali lagi. Dia masih pandang ke arah saya.

Kali ini, barulah saya nampak. Rupanya dia menggamit tangan ke arah saya.

Perlahan saya menuju ke katilnya.

“Bang, maaf ya, saya nak minta tolong sikit boleh?” suaranya memang persis seorang gadis.

Saya hanya mengangguk.

Rupa-rupanya, beliau hendak menukar pakaian. Dan merasa agak terganggu dengan jelingan pesakit dan orang ramai.

Beliau ialah seorang Mak Nyah.

Bagi saya. Mak Nyah juga adalah manusia yang ada maruah. Siapa kita untuk memandang hina kejadian mereka ?

Kain langsir ditarik bagi menutupi kawasan sekeliling katil.

Tidak sampai beberapa minit. Pesakit itu memanggil saya kembali.

Kali ini kelihatan dia telah menukar baju dan memakai kain yang disediakan oleh pihak hospital.

“Bang, maaf sekali lagi. Boleh tak abang temankan saya ke bilik air?”

“Boleh.” dengan bersahaja saya menjawab ringkas.

“Saya takut kalau abang rasa malu dengan saya …” pesakit itu seperti malu-malu meneruskan niatnya.

“Jangan fikir tentang itu, jom pergi sekarang … kalau awak terkencing terberak disini … awak lagi malu.”

Tiba-tiba dia ketawa tanpa dapat ditahan.

Orang ramai memerhati telatah kami.

Bila saya pegang tangannya. Terasa benar dia sedang demam. Tubuhnya agak panas.

Timbul rasa kasihan.

Usai menguruskan hajatnya. Dia keluar dari bilik air dengan wajah yang agak lega.

Sebaik tiba di katilnya. Dia terus merebahkan diri dengan segala kelegaan.

Tiba-tiba, dia pegang tangan saya dengan erat dan terus diciumnya. “Terima kasih ya bang …” air matanya mengalir.

Saya hanya menepuk bahunya.

“Tak ada siapa yang nak datang tengok saya … keluarga saya dah buang saya …” luahnya dalam sendu.

Saya tergamam tetapi mampu menahan diri dari menunjukkan sebarang reaksi.

“Tetapi, saudara kena ingat satu perkara … Allah tidak pernah buang hamba NYA. Ini pasti. Sakit juga adalah tanda kasih NYA. Kalau saudara nak solat, saya boleh bantu.”

Pesakit itu memandang wajah saya dengan seribu pengharapan.

Jam 5 petang. Dia menggamit ke arah anak saya.

“Abah, orang tu panggil …”

Saya terus ke katilnya semula.

“Bang, saya nak sembahyang, tapi drip air ni …?”

Saya hanya tersenyum.

“Islam tu mudah …”

Dan saya uruskan hajatnya untuk sujud kepada Allah.

Sumber ; SK /terbakor

Apakah Yang Di Lakukan Lelaki Ini Semasa Hidup Hinggakan Ratusan Burung Iringi Pengebumiannya..

Islam mendidik umatnya agar berbuat ihsan kepada haiwan dengan memberikan perhatian kepada usaha menjaga kebajikan mereka.

Inilah di antara salah satu daripada ciri-ciri keindahan dan kesempurnaan ajaran Islam yang jarang diberikan perhatian. Bersesuaian dengan Sabda Rasulullah s.a.w yang menyebut :-

“Pada setiap sedekah terhadap makhluk yang memiliki hati (jantung) yang basah (hidup) akan dapatkan pahala kebaikan.

Seorang Muslim yang menanam tanaman atau tumbuh-tumbuhan yang kemudian dimakan oleh burung-burung, manusia, atau binatang, maka baginya sebagai sedekah.” (Bukhori, Muslim).

Kisah yang ingin diceritakan ini, dikongsi oleh seorang anak mengenai arwah bapanya, Haji Bujang bin Tanda yang telah meninggal dunia 18 tahun lalu.

Ratusan ekor burung seperti aina, pipit, merbah bahkan dari spesies yang tidak diketahui seolah-olah membuat barisan mengiringi jenazah kerana sikap arwah yang rajin bersedekah kepada makhluk Allah ini.

“Arwah bapa meninggal kerana serangan jantung. Saya sendiri tidak sempat menghadapnya kerana sebaik ke rumah, bapa sudah meninggal dunia.

Berita kematiannya mengejutkan ramai orang kerana arwah tampak sihat sebelum ini,” kata anaknya, Jamilah Haji Bujang, 47 tahun.

Suami Jamilah, Hamdan Mohd Yusof seorang pengurus jenazah di Pantai Dalam. Dia memaklumkan betapa mudahnya memandikan arwah bapa mentuanya.

“Arwah seolah-olah tidur lena. Tubuhnya lembut, sendi-sendinya senang diuruskan. Waktu mandinya juga singkat dan mudah.”

Selesai urusan kafan, jenazah di bawah ke Masjid Al-Ikhlasiah untuk disolatkan. Ratusan orang datang dan saling mengucapkan salam takziah kepada kami sekeluarga.

Masa yang sama, masing-masing mengakui kebaikan yang selalu dibuat oleh arwah bapak yakni kebaikan dan pertolongan yang selalu dihulurkannya tanpa mengira siapa.

“Ketika jenazah dibawa ke masjid, saya perasan ratusan ekor burung bertenggek di wayar talian elektrik. Bermacam-macam jenis malah ada spesies burung berwarna hijau yang tidak pernah saya lihat sebelum ini.

“Burung-burung itu seolah-olah membentuk satu barisan panjang dan berbunyi sewaktu keranda bapa melalui mereka. Bahkan ratusan orang mengikuti solat jenazah pada hari itu.

“Hal burung itu saya anggap biasa tetapi kejadian aneh sekali lagi berlaku di tanah perkuburan. Kali ini burung-burung hijau bertenggek di ranting-ranting pokok yang terdapat di tanah perkuburan itu. Masih berkicau-kicau. Saya cuit emak dan abang, rupanya mereka juga perasan hal ini. Subhanallah,” tutur Jamilah pula.

Rajin Bersedekah Pada Makhluk Allah

Sekalipun sudah hampir 20 tahun bapanya meninggal dunia, perbuatan bapanya itu masih terkesan di hati. Sampaikan hari ini, Jamilah sendiri meneruskan cara yang dilakukan oleh arwah bapanya itu.

“Bila saudara mara mula balik, mak buka satu cerita. Sejak pencen dari Telekom, bapa gemar bercucuk tanam. Ada pisang, serai, lengkuas, halia, cili, kacang botol dan sebagainya. Arwah cuma ambil sedikit saja hasil tanamannya. Sekadar melepaskan “sesak” di dapur ketika emak memasak. Selebihnya di sedekah kepada jiran tetangga dan ahli masyarakat yang datang meminta.

Cerita emak lagi, kalau pisang masak, bapa tidak akan benarkan pokok itu ditebang. Dia mahu burung, tupai makan sesisir dua pisangnya terlebih dahulu. Selepas itu barulah tandan pisang ditebang dan di sedekah pada jiran-jiran terdekat. Arwah juga akan mengumpul sisa-sisa nasi dari kedai makan untuk diberikan pada ayam dan itik yang diternak.

“Kadang-kadang bukan ayam itik sahaja yang datang makan. Kucing, burung, anjing liar juga akan berkongsi rezeki yang sama. Mereka seolah-olah tahu jam 3 petang, arwah akan datang membawa satu baldi penuh dengan sisa nasi dan lauk pauk yang dikutip dan dikumpulkan dari kedai makan berhampiran rumahnya.” Cerita emaknya yang terkesan sehingga mengubah diri Jamilah jadi pemurah dalam soal sedekah.

Jamilah sedar perbuatan baik itu bukan saja dilakukan kepada manusia tetapi juga kepada makhluk Allah yang bernyawa. Hal ini kerana di dunia, Allah sudah menunjukkan pengajaran kepada insan yang berbuat baik kepada haiwan-haiwan.

Cerita Pak Kasim Asam Pedas Melaka

Kata pemilik kedai makanan, Pak Kasim Asam Pedas Melaka sudah jadi rutin arwah Haji Bujang datang ke kedainya untuk mengambil sisa-sisa nasi dan lauk. Ramah menyapa pelanggan yang datang ke kedainya.

“Dengan arwah semuanya boleh jadi. Baik masalah tanah setinggan, nak pinjam duit sampailah kenduri kahwin anak. Mulutnya memang bising sikit tapi hatinya baik. Arwah tak pernah mengecewakan harapan orang yang datang meminta bantuannya. Itulah sebab arwah popular dan sangat dikenali. Bila arwah meninggal, sudah tak ada siapa lagi yang ambil sisa nasi di kedai saya.”

Satu lagi sikap bapanya dia akan menyapu keliling kampung. “Bapa akan bawa sebatang penyapu lidi dan kereta tolak. Habis jalan-jalan utama dibersihkan. Itulah rutinnya setiap hari sampaikan sekampung kenal perangainya.”

Apa yang lebih terkesan di hati anak keempat dari enam beradik ini ialah arwah bapanya bersama sahabat-sahabatnya memberikan sebahagian wang simpanan mereka untuk mendirikan surau yang diberi nama Al-Ikhlasiah. Hari ini, surau itu sudah tiada lagi tetapi digantikan dengan sebuah masjid tersergam indah yang mampu menampung ribuan jemaah di dalamnya di Pantai Dalam.

Sumber: Mingguan Wanita

Jika Doktor Berikan Pilihan Samada Isteri Atau Anak Dalam Kandungan Yang Ingin Di Selamatkan..Apakah Jawapan Anda?

Siapa yang anda mahu selamatkan, nak selamatkan isteri atau Anak dalam kandungan? Ikuti pengalaman seorang lelaki ketika berhadapan dengan situasi seperti ini.

Apabila menatap gambar-gambar ibu bersalin, menerawang fikiran aku teringatkan kembali detik-detik isteri aku ingin melahirkan zuriat pertamaku ke dunia.

Ketika diberitahu isteriku dimasukkan ke dalam hospital pada jam 1 pagi aku masih dibuai mimpi di rumah sewa berhampiran universiti. Keletihan akibat kuliah penuh sepanjang hari sebelumnya. Sebelum tidur, aku sempat berbalas-balas SMS dengan isteriku bertanyakan keadaannya ketika itu. Katanya, dia tidak makan sejak petang lagi. Aku menyuruh dia mengambil air susu sebelum tidur.

Isteriku dimasukkan ke wad kerana air ketuban telah pecah. Katanya bukaan hanya 2cm ketika itu. Dia memberitahuku supaya jangan risau kerana masih belum rasa sakit bersalin. Pada keesokan harinya barulah aku bertolak ke hospital untuk bertemu dengan isteri yang kucintai.

Menatap wajahnya yang tidak bermaya, baru aku teringat yang isteriku masih tidak menyentuh makanan sejak dari petang semalam. Aku menyuruhnya makan sedikit, tetapi dia menolak kerana doktor telah menyuruh isteriku berpuasa bermula jam 6 pagi. Sayu melihat dirinya yang lemah, aku menghulurkan air minuman untuk membasahkan tekaknya. Tabahnyaa dirimu..

Apabila jam menunjukkan pukul 10.00 pagi dengan bukaan seluas 4cm, dia ditolak masuk ke dalam labour room. Entah kenapa dengan bukaan seluas itu, dia sudah ditolak masuk ke bilik bersalin. Aku pun confuse. Setahu aku, bukaan yang sesuai untuk melahirkan anak ialah 10 cm.

Dan aku dimaklumkan oleh guard wanita India yang bertugas, isteri aku ditempatkan di bilik D. Dia memaklumkan bahawa kebiasaannya bilik itu akan dihuni oleh mereka yang mengalami masalah untuk bersalin. Aku mula gelisah. Tak tentu arah. Mungkin itu adalah mitos yang direka oleh achi India itu berdasarkan pengalamannya sebagai senior guard di sana. Pujuk aku sendirian.

Berbekalkan Quran burukku yang aku bawa bersama barang-barang isteri dan baby yang bakal dilahirkan, aku selak helaian 440. Ya.. Aku mencari surah Yaasin. Pesan nenekku, bacalah Yaasin. Semoga dengan berkat dan rahmat yang ada pada surah itu dapat membantu isteriku bersalin secara normal. Kumulakan dari al-fatihah dan disusuli surah karamah itu. Satu persatu perkataan dan ayatnya ku alunkan perlahan sambil di dalam hati tak henti-henti berdoa agar diselamatkan isteri dan anakku.

Usai membaca Yaasin dan menunaikan solat Zohor, aku tunggu lagi. Achi India yang sedari tadi memerhatikan gerak langkahku menegurku ‘’Adik.. Mari ikut saya. Kita masuk ikut pintu belakang. Adik boleh jumpa isteri adik,’’pelawanya ramah. Mungkin dia sedar aku dah semakin gelisah dan asyik mengintai ke dalam labour room. Alhamdulillah. Kalau boleh jumpa tenang sikit hati aku sebab dari tadi hanya membalas sms je. Keadaan sebenar isteri aku tidak aku ketahui.

Dari jam 10 sampailah jam 4 petang isteriku ditahan. Bukaannya sekarang hanyalah 6cm. Setelah diinduce kali ke dua, bukaan rahimnya masih belum membenarkan bayi untuk keluar. Akibat terlalu lama menunggu, akhirnya doktor memutuskan isteriku perlu dibedah.. Ini kerana bayi di dalam kandungan isteriku semakin lemah. Aku yang cuba mengawal diri agar tidak panik, akhirnya tewas kepada diri sendiri.

Air mata yang cuba ku sekat agar tidak mengalir seolah-olah tidak dapat dibendung. Seolah-olah mataku tidak ada penakung. Setiap kali aku bertutur, menenangkan isteriku.. Setiap kali itulah air mataku kan bercucuran jatuh ke tangannya.

Mana taknya.. dengan keadaan dirinya yang sudah tidak bermaya, ditambah pula dengan tangan dan kakinya sejuk bagaikan direndam ais, tubuhnya menggigil. Dengan segala macam wayar berselirat di perut dan tangannya.. Hatiku meruntun sayu. Para doktor meninggalkan aku dan isteri untuk meluangkan masa bersama.

Mungkin ini adalah untuk kali terakhirnya aku boleh bercakap bersama isteriku. Ini kerana doktor telah membuat keputusan, isteri aku mesti dibedah bagi menyelamatkan bayi yang hampir lemas.

Beralunkan surah Yaasin yang dipasang di bilik bersalin itu..Mata kami bertentangan. Isteriku perasan mataku kembali berkaca. Dia mula menuturkan kata-kata cinta bagi memulihkan semangatku.

‘’Abang… Hensemnya Abang harini. Abang suka tak dengan baju yang sayang belikan untuk Abang tu?’’

Pada ketika itu juga, aku tidak dapat menjawab dengan perkataan tapi aku rangkul dirinya sambil menangis teresak-esak seperti tiada lagi esok untuk kami bersama. Aku tidak mampu bersuara walaupun mengeluarkan sepatah kata. Tapi, dia mempunyai kekuatan yang amat luar biasa. Walaupun dia ‘berpuasa’ , dia masih gagah. Masih kuat untuk memulihkan semangatku yang semakin luntur..

‘’Abang.. Seandainya doktor memberi pilihan, siapakah yang Abang ingin selamatkan, sayang atau anak kita.. Abang tolong jawab ‘’ Selamatkan anak saya.. ‘’. Berilah anak kita peluang untuk merasai kebahagiaan hidup di dunia ini biarpun tanpa umminya di sisi..’’

Sekali lagi aku menangis semahunya. Aku tidak mahu keadaan itu berlaku. Aku mahukan isteri aku. Aku mahukan kedua-duanya berada di sisiku. Membesarkan anakku bersama insan pilihanku. Tamatnya waktu bersama. Isteriku ditolak untuk dibawa ke bilik pembedahan.

Aku menghantar Isteriku dengan lirik mata berair sebelum berlalu ke musolla hospital. Aku berwudhuk. Solat 2 rakaat. Aku sujud lama-lama memohon keampunan untuk isteriku juga untuk diriku lebih-lebih lagi. Mungkin ini adalah kaffarah dosa aku selama ini. Aku menangis semahu-mahunya..

Sedari jam 4.30 petang aku menanti penuh sabar di luar bilik pembedahan. Aku dail, aku telefon nombor keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan-rakan yanga aku kenal. Aku pohon dan merayu dari mereka agar doa dikirim buat isteriku yang sedang bertarung nyawa melahirkan seorang khalifah penambah ummat Nabi tercinta. Mulutku tidak henti-henti menbacakan Hizbul Bahri. Zikir berharga yang tiada nilainya yang aku terima ijazahnya dari Al-Allamah Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki.

1 jam berlalu. Mundar-mandirku tidak mengeluhku untuk aku duduk. Walaupun kakiku lenguh berdiri dari tadi, tapi perasaan ingin tahu akan keadaan isteriku melenyapkan semua keletihan itu. Akhirnya penantian aku berakhir.. Seorang nurse menolak troli tertutup.. incubator barangkali namanya.. dengan seorang bayi mata bulat muka mirip anak Cina. Oh! Rupa-rupanya, bukan isteri aku seorang kat dalam. Ibu cina pun ada.

‘’Suami kepada Zulaikha’’ ‘’Suami kepada Zulaikha’’ jerit nurse mencari ‘Yusuf’ Zulaikha.

Orang ramai yang turut sama mengintai bayi cina itu berpandangan antara satu sama lain termasuklah aku. Tiba-tiba aku teringat. Akulah suami Zulaikha. Macam manalah boleh lupa pulak time-time macam tu. Aisehhh.. Biasalah beb. Cuak kot masa tu. Sampai nama bini pun lupa daaa..

‘’Ya.. Saya kak. Saya suami dia’’

‘’Encik.. Ini anak encik. Encik bolehlah pegang dan azankan dia. Tapi sebelum tu, Encik kena kata apa?’’

Nak kata apa pulak nurse ni. Alhamdulillah ke? Ke terima kasih nurse? Mana aku tahu. Dah la rasa tak percaya pun ada yang anak cina yang aku sangka tadi tu rupanya anak aku.. Boleh pulak dia suruh kata apa. Aduilaa.. Nurse pun.

Mungkin nurse tu perasan aku tengah blur, dia pun selak kain bedung anak aku bagi menyatakan jantinanya. Oh.. Nurse nak suruh aku buat pengakuan yang anak aku ni perempuan. Baru aku faham.

‘’Perempuan nurse’’ kataku tersenyum malu.

Aku dakap anak aku. Aku cium dahi dan kedu-dua pipinya lalu aku azan dan iqamatkan di kedua-dua belah telinganya. Allahurabbi. Comelnya anak aku. Mata hitam dia bulat besar. Taknak tutup pulak tu. Alhamdulillah.

‘’Nurse, macamana dengan isteri saya? Bagaimana keadaan dia?’’ tanyaku setelah sedar dari pukauan mata anak aku ini.

‘’Isteri encik selamat. Dia sedang dijahit. Kejap lagi dia keluar..’’

Tidak lama selepas itu, Isteri aku ditolak keluar. Alhamdulillah. Syukur kepada-Mu ya Allah. Biarpun Kau mentaqdirkan dia bersalin secara Caesar, namun aku bersyukur sangat-sangat kerana Engkau masih lagi memberikan kesempatan untuk aku berkasih-sayang dengannya. Hanya pada Mu segala puji-pujian layak kami berikan.

Keluarnya isteri aku dari bilik pembedahan bukannya dengan tangisan. Malah, tiada setitis air pun yang aku perasan membasahi matanya. Walaupun kesakitan, seukir senyuman dia hadiahkan kepadaku. Terharu. Sungguh terharu. Aku kucup dahinya dan mengucapkan

‘’Terima kasih Sayang kerana sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriat Abang’’.

P/S : Wahai suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya.. Ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Zuriat keturunan kita yang lahir dari rahimnya. Diamkanlah diri tenangkanlah hati.

Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya.

Sumber:Layar Minda

Kisah Benar; 7 Kali Naik Haji Wanita Ini Tak Pernah Dapat Melihat Kabah, Ternyata ini Penyebabnya

Menu
KANAL
Ibadah haji merupakan rukun islam kelima yang biasa dilakukan oleh umat islam yang berkecukupan harta dan memiliki tubuh yang sehat dan kuat.

Sebuah kisah nyata tentang seorang wanita yang tiba-tiba buta saat berada didepan kabah dan tak pernah bisa melihat Kabah ini membuat heboh pengguna Facebook.

Dilansir dari situs kabarmakkah.com, meski telah tujuh kali naik haji, namun wanita ini tak sekalipun bisa melihat bangunan suci umat islam tersebut.

Diceritakan wanita ini dalam kedaan sehat dan tak ada yang kurang dengan dirinya melaksanakan ibadah haji dengan putranya, saat melihat Kabah putranya pun menunjuk bangunan itu dan memberitahukan kepada ibunya.

Namun ternyata sang ibu tak bisa melihat apa-apa, dirinya hanya bingung karena hanya melihat kegelapan.
Sang anak yang menggandenganya pun tetap memberinya semangat, hingga mereka melakukan ibadah haji tahun depan.

Namun dalam ibadah hajinya yang kedua, wanita ini tetap sama saja, setiap berada di masjidil haram matanya tiba-tiba buta meskipun saat cek dia dinyatakan sehat.

Hal yang sama pun dilakukan tujuh kali, namun tujuh kali pula ia mengalami kebutaan mendapdak.

Karena keganjilan ini, sang anak akhirnya untuk memutuskan bertemu dengan ulama di Abu dhabi.

Segala masalah yang dialami oleh ibunya pun diceritakannya, kemudian ulama yang ternama ini menyururh sang wanita untuk menghubunginya sendiri.

Wanita yang selalu mengalami kebutaan ini akhirnya mau menghubungi ulama asal Abu Dhabi tersebut.

Ulama asal Abu Dhabi ini langsung memberikan pertanyaan kepada wanita ini, karena hal yang dilaminya bukanlah hal biasa.

Ia bahkan memaksa wanita ini untuk instropeksi diri dan menceritakan kesalahannya di masa lalu.

Namun setelah mendengar jawaban sang wanita, ulama ini sangat kaget dan terkejut bahkan ulama asal Abu Dhabi ini marah padanya.

Saat masih muda pekerjaan ini adalah seorang perawat, namun ada beberapa kesalahan yang diperbuatnya.

Untuk mendapatkan banyak uang, wanita ini menukar para bayi yang ada dirumah sakit.

Bahkan ia memasukan alat-alat tenung seperti jarum ke dalam mulut orang-orang yang meninggal.

Itulah kisah seorang wanita yang tak bisa melihat kabah meskipun ia telah menunaikan ibadah haji sebanyak tujuh kali.(*)

Akibat Disumpah IBU, Susu Meleleh Keluar Dari Mulut Anak Tanpa Henti..ALLAHU’AKBAR

“Kalau betul engkau anak kandung aku, minum susu dari badan aku…aku sumpah akan keluar balik susu dari mulut engkau!”

Itulah kata-kata sumpahan yang ditujukan ibu kepada saya. Sejak hari itulah saya jatuh sakit. Susu sentiasa meleleh dari mulut saya tanpa henti.

Tubuh saya yang dahulunya agak comel jadi kurus melidi tak ubah seperti mayat hidup. Saya terbaring dan menyesali perbuatan lampau saya terhadap ibu.

Tetapi sejahat mana pun seorang anak, ibu tetap mengambil berat sewaktu saya terlantar. Ibu juga risau melihat keadaan saya, hari demi hari semakin teruk.

Ibu serba salah dan tidak tahu apa yang patut dilakukan untuk membantu saya. Ibu juga memberitahu saya, menyesal menyumpah saya. Ibu tidak menyangka begitu kuat sumpahan seorang ibu.

Waktu itu hanya tuhan yang tahu betapa seksanya termakan sumpah seorang ibu. Sebulan saya merana kerana sakit. Sebulan itu juga saya tidak makan nasi.

Saya langsung tidak ada selera untuk makan nasi. Biarlah saya lapar begini daripada merana seperti ini. Setiap saat, susu sentiasa mengalir dari mulut saya tanpa mengira masa.

Saya masih ingat , kejadian itu berlaku ketika tiga orang rakan saya datang ke rumah. Sambil berborak, ibu bertanya kepada mereka. “Kamu ni kerja apa?” Tanya ibu kepada rakan-rakan saya.

“Kami semua kerja kilang kat hujung kampung ni mak cik,’ jawab tiga rakan saya. Ibu terdiam lalu pergi keruang tamu dan duduk di kerusi. Saya buat tidak kisah dengan fiil ibu dan terus ke dapur membuat air untuk di hidang. Waktu itu saya masih ingat saya buat air Milo panas.

Sebaik siap , saya bawa air di dalam teko itu keruang tamu. Tapi, belum sempat meletakkannya di atas meja, ibu terus mengherdik saya.

“Kalau hari-hari engkau hidang air bagi orang makan percuma larilah perbelanjaan kita! Dah, hentikan. Simpan balik air tu!” herdik ibu kepada saya.

Saya merasa malu. Kawan saya semua terdiam kerana merasa terkejut dengan sikap ibu. Saya beritahu ibu supaya jangan berbuat begitu di depan kawan-kawan. Malu!

Sepatutnya ibu harus bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya di beri rezeki melimpah-ruah dan kami sekeluarga tidak lagi perlu kais pagi makan pagi.

Saya tidak setuju dengan perangai ibu menghina orang miskin. Sebaliknya rakan-rakan yang setaraf atau lebih kaya dari kami dilayannya seperti raja. Mereka diajak datang kerumah dan dihidangkan dengan pelbagai makanan sedap-sedap. Saya betul-betul malu dan terkilan dengan sikap buruk ibu.

Saya ingatkan ibu, dulunya kami sekeluarga pun susah seperti mereka juga. Setelah hidup senang, kita herdik-herdik mereka. Apa perasaan mereka apabila ibu buat begitu?

“Ah! Kau apa tau? Bukan kau yang cari duit ! Aku ni yang susah payah cari duit siang malam, kau senang-senang saja nak menghabiskan!” tambah ibu lagi.

Ketika itu saya seperti orang hilang akal. Saya tidak dapat terima cara ibu memarahi saya di depan kawan-kawan. Tidak semena-mena tangan saya yang sedang memegang teko air Milo panas dihayun lalu tersimbah ke muka ibu.

Ibu melolong-lolong menjerit kesakitan terkena simbahan air Milo panas. Saya mula menyinga. Kawan-kawan terkejut dengan tindakan saya dan cuba menenangkan saya. Tetapi ketika itu saya bagai dirasuk syaitan. Tanpa sedar, saya terus berlari ke dapur mengambil sebilah pisau pemotong sayur.

Sekali lagi kawan dan ayah saya menahan perbuatan saya. Mereka memegang saya dengan sekuat hati. Ibu berlari dan keluar ke pintu depan rumah takut ditetak pisau di tangan saya. Ibu berdiri tercegat di situ. Saya pula terjerit-jerit seperti terkena hysteria.

Disinilah bermulanya episod duka dalam sejarah hidup saya apabila ayat ini terpancul dari mulut ibu.

“Kalau engkau betul anak kandung aku, minum susu dari badan aku, aku sumpah akan keluar balik susu dari mulut engkau!”

Selepas keadaan reda sedikit, rakan-rakan balik rumah. Tiga hari selepas kejadian itu, saya terus jatuh sakit. Saya di serang demam teruk. Ayah bersusah payah menjaga saya. Ibu hanya buat-buat tidak tahu sahaja. Mungkin ibu masih lagi geram dan marah dengan tindakan saya. Ketika itulah berlaku satu kejadian pelik yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini.

Tiba-tiba air susu berwarna putih dan berbau busuk mula meleleh dari mulut saya tanpa henti. Air susu masam itu jatuh membasahi dagu saya setiap detik tanpa henti.

Ayah juga merasa hairan melihat susu aneh tiba-tiba meleleh dari mulut saya. Setiap kali dikesat, air susu itu meleleh lagi tanpa henti. Ibu pula masih tidak endahkan saya.

Keesokan harinya saya masih lagi demam dan susu masih lagi mengalir. Kali ini lebih teruk. Ayah membawa saya ke sebuah klinik.

Anehnya selepas diperiksa, doktor juga mengatakan hairan, mengapa susu masam itu meleleh dari mulut saya. Doktor pun tidak dapat menjelaskan punca dan sebab saya mengalami penyakit aneh ini. Doktor juga mengatakan tiada ubat untuk merawat penyakit yang saya alami ini.

Ayah bawa pula saya ke hospital besar di Bandar. Keputusannya tetap sama juga apabila doktor tidak dapat mengenal pasti punca penyakit saya. Jadi saya dibawa pulang semula dan terbaring siang malam. Selama sebulan saya terlantar ibu mulai risau dengan keadaan saya yang semakin kurus ini. Ibu beberapa kali meminta maaf kepada saya kerana tidak menyangka kata-kata yang dilafazkannya betul-betul menjadi kenyataan.

Akhirnya ibu sendiri pergi berjumpa dengan seorang ustaz di kampong saya. Ustaz ini memang dikenali ramai kerana kealiman dan kehebatan ilmunya. Ibu membawa ustaz ini berjumpa saya di rumah. Apabila ustaz melihat keadaan saya, beliau terus menggeleng-gelengkan kepala.

“Ada tak apa-apa yang ibu kamu buat sebelum terkena penyakit ini?” Tanya ustaz itu. Ayah lalu menceritakan tentang perbuatan saya menyimbah air panas ke muka ibu. Selepas itu, ibu terus mengeluarkan kata-kata sumpahan tentang air susu yang pernah di minum ketika saya masih bayi.

Sekali lagi ustaz itu menggeleng-gelengkan kepalanya. Ustaz itu dalam nada perlahan memberitahu saya terkena sumpahan ibu. Ustaz itu lalu mengajak ibu dan ayah saya ke dapur.

Ustaz itu menerangkan penyakit saya tidak ada ubatnya kecuali meminum air bekas celupan tapak tangan dan tapak kaki ibu. Ustaz itu menyuruh ibu membasah kedua-dua tangannya di dalam baldi diikuti kedua-dua belah kakinya seperti orang mengambil wuduk.

Ustaz itu menerangkan penyakit saya tidak ada ubatnya kecuali meminum air bekas celupan tapak tangan dan tapak kaki ibu. Setelah selesai, ustaz itu menyuruh ibu meludah di dalam baldi itu sebanyak tiga kali. Kemudiannya air ludah di dalam baldi itu disimpan di dalam sebuah bekas khas. Utaz itu berpesan kepada ibu supaya memberi air ludah itu untuk diminum oleh saya dan selebihnya disapu di ubun-ubun kepala saya sehingga habis.

Selepas ibu memberi minum dan menyapu air ludah itu di kepala, pada masa itu juga saya terus merasa lapar dan meminta nasi untuk dimakan. Selera saya yang tersekat selama sebulan lebih datang kembali. Mujarab sungguh cara rawatan ustaz ini. Serta merta air susu masam yang meleleh sejak sebulan lalu berhenti mengalir.

Saya mencium kaki ibu. Saya menangis. Saya menyesal berdosa kepada ibu. Ibu memberitahu sejak kejadian, ibu telah memafkan perbuatan saya. Ibu memeluk saya dan kami bertangis-tangisan di depan ustaz. Ustaz itu membacakan doa dan menasihati ibu supaya tidak mengeluarkan kata-kata sumpahan terhadap anak. Ustaz itu mengingatkan bahawa sumpahan seorang ibu amat ampuh dan berkesan terhadap seorang anak. Akibatnya sangat buruk dan tiada penawarnya kecuali anak itu diberi ampun selain meminum air kaki dan tangan ibunya dengan ikhlas dan redha.

Sejak hari itu, saya tidak lagi meninggikan suara kepada ibu. Ibu juga sedar kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. Yang paling penting, ibu tidak lagi sesombong dahulu! Ibu juga tidak kedekut dan suka menghina orang susah.

Saya ingin berpesan kepada pembaca, jangan sesekali bertindak biadab terhadap ibu biar sejahat mana sekalipun ibu kita. Saya sudah merasai betapa sengsara, merana dan terasa ajal hendak tercabut akibat disumpah ibu. Ingat, sumpahan seorang ibu itu adalah benar kerana ianya telah benar-benar menimpa keatas diri saya sendiri.

‘Saya’ dalam artikel ini adalah Roseyatimah bt Ahmad, berasal dari Sabah. Kejadian berlaku ketika beliau berusia di awal remaja. Kini beliau telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Walaupun berjauhan, Rose tetap sayang dan menghormati ibunya.

Sumber

Pengalaman Yang Dapat Di Jadikan Pengajaran; Kisah Benar Melihat Azab Kubur

Saya pegang nisan di kubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat.

“Aii.. menung nampak? Kenapa?” tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.

Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah,” saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.

“Mari pergi kat pondok… mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah,” tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.

“Pergilah dulu, nanti aku datang,” balas saya lantas duduk termenung.

Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.

Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal simati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah…

Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.

Eee… seramnya. Macam mana agak-nya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal azim…

Saya masih lagi duduk melangut di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.

Pergi… pergi sekarang! Johar, masa inilah kalau nak cuba. Kawan-kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.

Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.

Cepat, cepat, cepat! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi?’ Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati…

Jadi bisu? Sakit, lepas tu mereng sampai mati? Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!

Dimulai lafaz bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan.. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.

Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah,

lailahaillallah, lailahaillallah…

Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.

Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pernah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.

Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.

Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menycberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.

Lailahaillallah..

Lailahaillallah..

Lailahaillallah..

Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.

GGRUUMMM… PPPRRAAAPPP!!

Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.

“Ya Allaaaaahhh… apa yang berlaku ini?” saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.

GGGRRRRUUUMMM…

Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku.

Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.

ARGGHKKK… ERRRKKKKKKK! ! !

Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.

AARRKKK…. UUURRRKKGGH!!!

Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.

Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba…

PPPR-RRAAPPPPP!!!… bunyi papan patah berderai.

PRRAAKK… TTAAPP… PRRAAPP!

Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah!

Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.

Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang maha dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga.

Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.

Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.

“ARGGGHHHH” Jangan pukul aku lagiiiii!!!”, saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.

Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.

“Arrgghhh… sakit, sakiiittt!!”, saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.

Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa.

Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.

Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.

“Johar… Johar!!”, sayup-sayup nama saya dipanggil.

Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.

“Johar… bangun, bangun!”, nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.

Saya buka mata sedikit. Ooo… rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.

Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.

“Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk. Aku ambil air. Aku simbahlah”, kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.

Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.

Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.

Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata.

Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.

Sumber: Lamankongsi

AMBIL PENGAJARAN DARI KISAH WALI ALLAH BERDIALOG DENGAN SEEKOR ANJING HITAM

KISAH SEORANG WALI ALLAH DAN ANJING…

Suatu hari, seorang wali yang dikenali sebagai Ba Yazid atau Abu Yazid sedang jalan-jalan di satu lorong. Tiba-tiba seekor anjing menghampirinya. Oleh kerana takut jubahnya tersentuh kulit anjing itu, maka Abu Yazid menarik pakaiannya ke atas.

Tiba-tiba anjing itu bersuara seperti suara manusia, “Kalau kulit aku kering, terkena kulitku, tuan tidak perlu mencuci pakaian tuan, tapi kalaulah kulit aku basah, tuan boleh menyamak pakaian tuan itu. Tetapi sifat benci yang ada di dalam diri tuan itu tidak boleh dicuci walaupun dengan tujuh batang sungai sekalipun. Dosa batin itu payah untuk dicuci.”

Abu Yazid berkata, “Wahai anjing,kamu ini sangat bijak. Marilah tinggal dengan aku seketika.”

“Tidak, kita berdua tidak boleh tinggal bersama kerana aku ini dihina manusia sedangkan tuan dipuji oleh dunia.Tambahan pula aku tidak menyimpan makanan untuk esok, sedangkan tuan menyimpan makanan untuk setahun,” jawab anjing itu.

Mendengarkan kata-kata anjing Abu Yazid berbisik sendirian: ” Kalaulah dengan seekor anjing pun tidak sudi bersamaku, apakah aku layak untuk menghampiri Tuhan dan duduk di `majlis-Nya’? Puji-pujian bagi Tuhan yang menghinakan diriku dan mengajar manusia melalui perkara-perkara yang kecil.”

Sumber: Kisah Teladan

SAKIT SEORANG IBU SAAT MELAHIRKAN TIDAK SETANDING DENGAN SAKIT SAAT DI BENTAK OLEH ANAK YANG DI LAHIRKAN DARI RAHIM SENDIRI

IBU, masakin air bu. Saya ingin mandi pakai air hangat, ” seseorang anak memohon ibunya menyiapkan air hangat untuk mandinya.

Sang ibu dengan ikhlas melaksanakan apa yang diperintah oleh sang anak.

Dengan suara lembut ibunya menyahut, “Iya, tunggu sebentar ya, sayang! ”

“Jangan terlalu lama ya Bu! Soalnya saya ada janji sama topik,. ” tutur sang anak.

Tak lama kemudian sang ibu sudah selesai menyiapkan air hangat untuk buah hatinya.

“Nak, air hangatnya sudah siap, ” ibu ini memberi tahu.

“Lama sekali sih, Bu…” sang anak sedikit membentak.

Sehabis selesai mandi dan kenakan pakaian rapi, sang anak berpamitan pada ibunya, “Bu, saya keluar dahulu ya, ingin jalan-jalan sama teman. ”

“Mau kemana nak? ” bertanya sang ibu.

“Kan sudah saya katakan, saya ingin keluar jalan-jalan sama teman, ” kata sang anak sambil mengerutkan dahi.

Malam harinya, sang anak pulang dari jalan-jalan, sesampainya di rumah ia merasa kesal karena ibunya tidak ada di rumah. Padahal perutnya sangatlah lapar, di meja makan tidak ada makanan apapun.

Lebih dari satu waktu itu, ibunya datang sambil mengatakan salam, “Assalamu’ alaik­­um.. Nak, anda sudah pulang? Sudah dari tadi? ”

“Hah, ibu dari mana saja. Saya itu lapar, ingin makan tidak ada makanan di meja makan. Semestinya bila ibu ingin keluar ini masak dulu…” kata si anak dengan suara sangatlah lantang.

Sang ibu coba menuturkan sembari memegang tangan anaknya, “Begini sayang, anda janganlah geram dulu. Ibu tadi keluar bukanlah untuk masalah yg tidak penting, kamu belum tahukan kalau istrinya Pak Rahman meninggal? ”

“Meninggal? Padahal tidak sakit apa- apa kan, Bu? ” sang anak sedikit kaget, suara suaranya juga tidak tinggi lagi.

“Dia meninggal waktu Maghrib tadi. Dia meninggal dunia saat melahirkan anaknya. Anda harus juga tahu nak, seorang ibu ini bertaruh nyawa saat m3l4hirkan anaknya, ” ibu memberi penjelasan.

Hati sang anak mulai terketuk, dengan suara lirih ia ajukan pertanyaan pada ibunya, “Itu berarti, ibu saat m3l4hirkanku juga demikian? Ibu juga rasakan sakit yang luar biasa juga? ”

“Iya anakku. Saat ini ibu mesti berjuang menahan rasa sakit yang luar biasa. Namun, ada yang lebih sakit dari pada sebatas m3l4hirkanmu, nak, ” sang ibu menjawab.

“Apa ini, Bu? ” sang anak ingin tahu apa yang melebihi rasa sakit ibunya saat melahirkan dia.

Sang ibu tidak dapat menahan air mata yang mengalir dari tiap-tiap sudut matanya seraya berkata,

“Rasa sakit waktu ibu melahirkanmu ini tidak seberapa, apabila di banding dengan rasa sakit yang ibu rasakan waktu dirimu membentak ibu dengan suara lantang, waktu kau menyakiti hati ibu, Nak. ”

Si anak segera menangis dan memohon ampun atas apa yang sudah diperbuat selama ini pada ibunya.

Masih tetap beranikah anda membentak ibumu yang sudah mempertaruhkan hidup matinya melahirkan anda?

Sumber: MakinHeboh