Browse Category: Pengalaman

‘CONTRACTION PAIN’ Lebih Sakit Daripada Episitomi, Doktor Berkongsi Pengalaman

Setelah 9 bulan mengandung saat yang paling mendebarkan bagi seorang wanita pastinya waktu melahirkan anak.Apatah lagi jika ia pengalaman bersalin kali pertama.

Macam-macam perasaan wujud dalam hati, apabila memikirkan situasi yang perlu ditempuhi sebelum selamat melahirkan seorang bayi.

Melalui perkongsian oleh Dr Anisah Ali, beliau berkongsi tentang pengalaman dirinya ketika bersalin dan perkara yang patut ibu-ibu dan para suami/ahli keluarga lakukan sebagai persediaan ketika menghadapi saat getir ini.

Waktu saya pregnant dulu.

Benda yang paling saya takut adalah Episiotomy.

Sebab dari sekolah duk dengar cerita pasal kene gunting apa semua. Then kena jahit.

Huii seram oi!

9bulan pregnant, itu yang paling saya gerun.

Sampaikan tiba hari nak bersalin, rupanya.. episiotomy tu tak rasa apa pun! Yang teruk saya rasa adalah contraction pain.

Mak saya sampai sekarang gelakkan saya sebab saya punya response to contraction pain tu sangat dramatic. (Blame the indian blood in me, pain threshold rendah ya ampun).

Lepas bersalin saya rasa macam nak marah sebab takde siapa tekankan pada saya tentang sakitnya dan seksanya contraction pain tu.

Sebabkan pengalaman pertama tu mengajar saya. (Have to say i learnt the hard way).

Sampai waktu nak melahirkan anak kedua. Saya dah lebih bersedia untuk hadapi contraction pain tu.

Saya dah tahu apa perlu buat untuk kawal diri dan kawal sakit.

Dan sekarang, saya bertugas di department OnG. Hampir semua patients saya, saya maklumkan siap-siap tentang sakit contraction tu. Supaya diaorang tak terkejut macam saya dulu.

Saya inform siap-siap apa yang mereka perlu anticipate dan apa yang mereka boleh buat untuk bantu kurangkan sikit rasa sakit tu.
Persediaan Sewaktu Proses Bersalin;

So, pregnant mommies out there,

1) Bersiaplah untuk proses bersalin tu. Siapkan fizikal dan siapkan mental. Contraction pain SANGAT SAKIT!

2) Waktu sakit, jangan panik. Cari tangan orang yang paling hampir. Pegang tangan dia dan tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan sambil tutup mulut. Insya Allah.Boleh tu.

3)Suami/Ahli keluarga perlu jadi sangat membantu time isteri nak bersalin.Urut belakang dia, urut kaki dia.

4)Coach breathing Technique pada dia. Sebab time sakit tu kita panik kadang sampai tak boleh fikir macamana nak tarik nafas. Suami kena tolong coach.

5)Pegang tangan dia. Bagi isteri genggam tangan tu. Dia perlu tahu yang dia tak sorang-sorang dalam battle tu. 🙂

6)Bagi dia assurance yang sakit tu sekejap je lagi. Remind dia “Baby dah nak turun dah. Sikit je lagi, Sayang.”

Dia perlukan semangat macam tu. Dia perlu tahu yang sakit tu dah nak berakhir.

InsyaAllah, jasa jasa orang waktu kita nak bersalin tu takkan dilupakan.

Hatta orang tu tolong setakat urut jari kelingking pun dia akan ingat. Sebab time sakit tu kita memang rasa helpless dan in need of support sangat.

Semoga bermanfaat apa yang dikongsikan ni.

Sampai sini dulu coretan Nisa Ali.

Next boleh cerita pasal cara nak elak luka besar pulak. Ehehe. InsyaAllah.
Info Ekstra!

* Episiotomi adalah teknik memotong di bahagian kemaluan yang dinamakan perineum, terletak di antara faraj dan lubang dubur, ketika kepala bayi sedang keluar dari faraj.

Sumber: Anisah Ali, Mingguan Wanita

Ustaz Diminta Mandikan Jenazah Pondan..Semasa Jasad Sedang Diuruskan, Tiba² Sesuatu Yang PELIK Berlaku !!!

Terpanggil dihati saya untuk berkongsi satu pengalaman sepanjang menguruskan jenazah.

Mohon ampun dan maaf bukanlah niat untuk mengaibkan sesiapa malah lebih kepada iktibar dan pengajaran buat kita yang masih hidup agar tidak melakukan dosa dan sesuatu yg dilarang ALLAH kerana balasannya ALLAH bayar tunai tika di dunia lagi. Nauzubillah.

Berlaku di sebuah hospital, saya disambut oleh waris arwah iaitu ibunya yang ingin menyampaikan sesuatu kepada saya. Ada sedikit debaran dihati saya namun demi tugas saya perlu laksanakan tanggungjawab ini hingga selesai. Menurut ibu arwah, jenazah anaknya telah menukar jantina dari lelaki kepada perempuan.

In Shaa ALLAH Sebelum saya cerita kisahnya, saya akan bagi sedikit penjelasan, bagaimana menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang telah menjalani pembedahan penukaran jantina, siapa yang patut melaksanakan pengurusan jenazahnya, bagi menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang menukar jantina, jenazah tersebut hendaklah diuruskan mengikut jantina asalnya dan diuruskan oleh warisnya atau pihak berkuasa agama.

Setelah saya bagi keterangan terperinci kepada ibunya, saya terus masuk ke bilik pengurusan jenazah untuk memandikan dan mengkafankan jenazah.

Saya dibantu 3 waris jenazah, ibu dan 2 orang abangnya, 3 waris jenazah ini sahaja yang ada, yang lain hampir 30 orang sahabat sahabat jenazah ke semuanya sejenis sepertinya. Sebelum saya mandikan jenazah, seperti biasa saya akan bentangkan kain untuk di kafankan siap-siap supaya mudah kerja saya.

Setelah selesai, saya mengangkat jenazah ke tempat mandi, saya tutup pakai kain kafan dan buka pakaiannya, alhamdulillah putih kulitnya namun perlahan lahan ke seluruhan tubuh badan jenazah mula menghitam, sikit demi sedikit, ibu dan abang arwah mula perasan, ibu arwah tidak dapat berkata apa-apa, seolah-olah sudah tahu apa yang akan terjadi setelah tahu mengenai jantina anaknya itu, mengalir air mata ibu arwah sehingga saya sendiri pun mengalirkan air mata.

Saya memulakan mandi jenazah dengan istinjak

( buang najis ), ketika saya istinjak jenazah itu, najisnya cukup banyak, sehingga saya berhenti, kerana saya rasa sudah terlalu lama saya istinjak, tetapi najisnya tidak berhenti keluar. Saya terus menyucikan jenazah macam biasa, saya lihat air yang mengalir kekuningan keluar dari tubuh jenazah dan yang lebih menyedihkan keluar dari kemaluannya nanah bercampur darah dan juga ulat.

Selama itu jugalah mulut saya tiada henti memohon doa agar ALLAH SWT meringankan azab arwah dan memudahkan urusan keatas arwah agar dapat saya uruskan sempurna yang mungkin. Perlahan lahan saya memasukkan kapas kedalam kemaluan jenazah dengan tujuan memberhentikan pengaliran darah tadi.

Ibu jenazah yang mulanya nak membantu saya untuk mandikan jenazah anaknya tadi pengsan, kerana melihat kejadian itu. Saya terus mandikan jenazah anaknya, selesai saya mandikan dan wudukan jenazah, saya tutup keseluruhan tubuh jenazah dengan kain kafan sebelum saya jiruskan dengan air sembilan.

Sedikit penerangan, air sembilan ini air yang dicampurkan, air kapor barus, air kayu cendana dan air sintok, air ini untuk mewangikan jenazah.

Setelah selesai saya jirus air sembilan tadi, saya bukak kain kafan tadi, sekali lagi ALLAH tunjuk kekuasaanNYA. Jenazah kelihatan sangat reput, buah dada palsunya mengecut. Selesai saya mandi dan kafankan jenazah tadi, saya jemput kesemua sahabat sahabatnya tadi untuk duduk di depan jenazah, saya mengambil peluang itu untuk memberi sedikit tazkirah dan hampir kesemuanya menangis.

Apa yang menyedihkan saya, tidak sampai beberapa minit jenazah di angkat ke dalam van jenazah, sahabat sahabat jenazah tadi bergelak ketawa di tepi van jenazah itu, tak tahulah saya apa yang di sembangkan. ALLAH HU AKHBAR. Doa saya mudahan ALLAH membuka hidayah agar mereka berubah dan mudahan ALLAH mengampunkan juga dosa saya dan arwah sepanjang proses pengurusan bermula hinggalah selesai.

Sekali lagi saya memohan maaf, bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa, malah lebih kepada iktibar dan pengajaran untuk saya sendiri dan kita semua.

Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya, melalui pembedahan, adalah haram di segi syara’ berdasarkan AL-Quran dan dipandukan Hadis.

ALLAH mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain.

Firman ALLAH yang bermaksud :-

” Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk “.

( Surah AT-Tiin ayat 4 )

Daripada Ibnu Abbas R.A. bahawa ( Maksudnya ) :-

” Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki “.

( Hadis Riwayat AL-Bukhari )

Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata

( Maksudnya ) :-

” Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki “.

( Hadis Riwayat Abu Daud )

Wahai saudara-saudara seislam ku, ini pengalaman yang saya lalui sendiri. Janji ALLAH itu benar saudara-saudara ku. Ambillah pengajaran dan iktibar daripada pengalaman saya ini. Janganlah kamu ragu-ragu lagi dengan janji ALLAH. Selagi kita masih bernafas, kita masih sempat lagi untuk bertaubat kepadaNYA..

Sumber : intaimalaysia